Wasiat Imam Abu Hanifah Kepada Pelajar 1 - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Wasiat Imam Abu Hanifah Kepada Pelajar 1

Wasiat Imam Abu Hanifah Kepada Para Pelajar

ولا تتزوج إلا بعد أن تعلم أنك تقدر على القيام بجميع حوائجها واطلب العلم أولا ثم اجمع المال من الحلال ثم تزوج فإنك إن طلبت المال في وقت التعلم عجزت عن طلب العلم ودعاك المال إلى شراء الجواري والغلمان وتشتغل بالدنيا والنساء قبل تحصيل العلم ; فيضيع وقتك ويجتمع عليك الولد ويكثر عيالك فتحتاج إلى القيام بمصالحهم وتترك العلم
واشتغل بالعلم في عنفوان شبابك

غمز عيون البصائر لابن نجم#

Maksudnya:
Jangan kamu berkahwin kecuali setelah kamu merasakan kamu mampu melaksanakan tuntutannya. Dan tuntutlah ilmu terlebih dahulu kemudian barulah bekerja untuk menggumpul harta kekayaan dari yang halal, kemudian barulah berkahwin. Ini kerana jika engkau sibuk menggumpul kekayaan ketika masih belajar, maka kamu akan merasa berat untuk mencari ilmu dan harta membuatkan kamu leka hanya dengan membeli hamba, sibuk dengan dunia dan perempuan sebelum mendapat ilmu. Lalu waktu-waktumu akan habis begitu sahaja, sebaliknya akan bertambah tanggunganmu seperti anak-anak dan isteri. Pada waktu itu kamu sibuk untuk memenuhi keperluan mereka lalu kamu meninggalkan ilmu dan tuntutannya sedangkan kamu masih dalam usia remaja

# Dari kitab Ghamzu Uyunil Basair: Ibnu Najm
.
Pandangan anda dihargai

3 thoughts on “Wasiat Imam Abu Hanifah Kepada Pelajar 1”

  1. dgrnya ada studen yg digalakkan berkahwin sebaik sampai di tempat belajar…akhirnya ramai yg berjaya membawa sijil nikah saja untuk dipersembahkan kepada ibu-bapa dan penaja.

  2. pd ana lebih baik kawen dri duk berpeleseran xtentu pasal, dri duk berlaku bnda2 yg xelok tu…

    kmugkinan org dulu2 lebih pentigkn ilmu dri mencri psngn, xbyk cbrn sbgaimna zaman millenium skrg ni ust, penuh panca roba

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 1
  • 7
  • 13,907
  • 0