Wahabi Sesat?(2) - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Wahabi Sesat?(2)

Wahabi: Dari mana datangnya? (2)

ٍSepertimana yang diterangkan, pemikiran Ibnu Taimiah adalah sumber kepada pemikiran Muhammad bin Abdul Wahab. Mungkin disebabkan zaman Muhammad bin Abdul Wahab masih hampir dengan zaman kita, maka aliran yang sebenarnya bersumberkan Ibnu Taimiah lebih dikenali sebagai Wahabi. Selain itu Muhammad bin Abdul Wahablah yang telah mempopularkan kembali aliran ini.

Setelah begitu, barulah kita rasa agak penting untuk tahu lebih lanjut tentang Ibnu Taimiah dan pemikiran beliau. Sebenarnya Ibnu Taimiah adalah seorang ulamak bermazhab Hanbali. Dia hidup dizaman umat Islam Baghdad sedang dilanda perpecahan dan kelemahan. Kumpulan dan ajaran sesat muncul dan tersebar dalam masyarakat. Amalan syirik dan khurafat amat berleluasa. Ibnu Taimiah merasakan inilah sebab kelemahan umat Islam ketika itu.

Ibnu Taimiah bukan sahaja seorang ulamak, tapi dia juga seorang pejuang. Dia terlibat dengan siri peperangan bagi menentang kaum Tatar yang datang dari Monggol. Antara peperangan yang dihadiri oleh beliau ialah peperangan sewaktu menggembalikan bandar Akka yang telah ditawan musuh.

Ibnu Taimiah telah menghaslkan penulisan yang banyak. Namun demikian, pemikiran beliau berkisar dalam tiga bidang:

1-Fekah: Beliau mempunyai fatwa dan dikenali sebagai Majmu’Fatawa dan Fatawa Kubra. Pada dasarnya beliau menggunakan metod pemikiran mazhab Hanbali. Sewaktu saya membaca Fatawa Kubra dan Majmu’Fatawa, saya amat kagum dengan pandangan-pandangan beliau yang sangat praktikal dan banyak bersikap memudahkan dalam perkara yan melibatkan ibadat.

2-Akidah: Penulisan beliau dalam akidah merupakan bahan perbincangan dan pertembungan sengit dengan aliran pemikiran lain. Ini kerana Ibnu Taimiah menggunakan metod zahiri dalam memahami ayat-ayat mutashabiahat.

Perlu diingat bahawa zaman Ibnu Taimiah, aliran akidah mazhab As’ari mendominasi dunia Islam masa itu. Ibnu Taimiah tidak setuju dengan metod pembelajaran tauhid ketika yang menggunakan metod sifat 20. Ibnu Taimiah merasakan perlu ada pembaharuan dalam mempelajari tauhid lalu memperkenalkan metod Tauhid Uluhiah, Rububiah dan Asma’/Sifat.

3-Penentangan terhadap falsafah. Ilmu falsafah telah berakar umbi dalam pengamalan ilmu umat Islam semenjak kurun ketiga hijrah lagi. Namun demikian, Ibnu Taimiah mempunyai pendirian sebaliknya terhadap ilmu kalam atau ilmu falsafah. Untuk pengetahuan kita ilmu falsafah telah menular masuk kedalam ilmu-ilmu Islam samada ilmu, tauhid, usul fiqh dan tasawuf. Pada asalnya ilmu falsafah adalah ilmu yang berkembang diGreek.

bersambung insyaallah….

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 10
  • 11,806
  • 0