Kita telah lihat beberapa contoh yang sempat saya utarakan menerangkan pendirian Ibnu Taimiah dalam fekah dan akidah satu lagi bidang pemikiran yang menjadi polemik adalah:
Ilmu Falsafah: Falsafah asalnya ilmu yang berkembang pesat di Greek.
Setelah Islam tersebar ke negara Irak, Iran dan sekitarnya, umat Islam mula terdedah dengan pemikiran falsafah. Pemikiran falsafah terus menerus memasuki pemikiran umat Islam sehinggalah memasuki ilmu-ilmu Islam penting seperti Usul Fiqh, Akidah dan Tasawuf.
Para ulamak bersalahan pendapat dalam menggunakan Ilmu Falsafah dalam memahami agama, ada yang menganggap ilmu falsafah adalah wajib dipelajari kerana mereka beranggapan falsafah adalah alat untuk sampai kepada kebenaran. Sebahagian ulamak pula beranggapan bahawa falsafah haram dipelajari. Sementara sebahagian ulamak menganggap falsafah boleh dipelajari bagi menolak kekeliruan dan menentang kekufuran yang ditimbulkan dengan menggunakan falsafah.
Ibnu Taimiah beranggapan bahawa ilmu falsafah adalah ilmu yang baik dipelajari tapi bukan dalam bidang mengenal agama. Ibnu Taimiah menolak kumpulan sufi yang tasawufnya menggunakan ilmu falsafah. Ibnu Taimiah juga menolak Falsafah Dalam Akidah.
Untuk pengetahuan kita antara ulamak yang berpendapat ilmu Falsafah boleh dipelajari untuk menggunakannya dalam menolak pemikiran sesat ahli falsafah ialah imam Ghazali. Beliau menulis buku beliau yang terkenal iaitu Tahafut al falasifah.
Ulamak yang mengganggap Ilmu Falsafah adalah ilmu yang baik dan perlu dipelajari ialah Imam Ibnu Rushd. Dia menulis buku menolak pemikiran Ghazali yang banyak menyerang ahli falsafah. Buku itu bernama Tahafu al Tahafut. Imam ghazali bagaimanapun menulis buku usul fiqh beliau yang terkenal ‘Mustasfa’ dengan menggunakan pemikiran falsafah.
Menolak pemikiran falsafah dan menerimanya bukan sesuatu yang terlalu mudah untuk dihukumkan sesat. Sekiranya Ibnu Taimiah dihukumkan sesat kerana menganggap Falsafah adalah ilmu yang telah merosakkan umat Islam, maka apa yang akan dikatakan kepada generasi awal yang membawa Islam sedangkan ilmu Falsafah belum lagi diketahui oleh masyarakat Islam awal.
Oleh itu tidak layak sama sekali untuk menghukumkan sesat terhadap Ibnu Taimiah kerana pendirian beliau. Apa yang boleh dibincangkan ialah apakah yang lebih tepat? menggunakan Falsafah atau tidak. Perbincangan ini melibatkan perbincangan terperinci dalam bidang yang memerlukan kita memahami terlebih dahulu secara mendalam asas-asas ilmu itu sendiri.
Secara umumnya saya katakan bahawa banyak perbincangan falsafah yang melibatkan ketuhanan sedangkan seorang muslim tidak dituntut untuk memikirkannya, contohnya wajibkah Allah melakukan perkara yang baik? Perbincangan seperti ini tidak diperlukan oleh masyarakat moden yang telah jauh dari ilmu falsafah.
Namun demikian menghukumkan sesat kepada ulamak yang menerima ilmu ini sebagai laras pemikiran mereka juga adalah satu yang tidak dapat diterima secara mudah. Ibnu Rushd yang merupakan antara ulamak yang mahir dalam syariah dan falsafah mengandungi pemikiran yang bersifat benar dan memperjuangkan kebenaran yang berpaksikan kepada quran dan sunah.
Saya berharap benar supaya polemik seperti ini dibincangkan dengan ilmiah bukan untuk menjatuhkan hukuman sesat pada saat ianya mula disebut. Polemik seperti ini layak dibincangkan diuniversiti, bukan dihidangkan kepada orang kebanyakan yang tak tahup un bahawa subjek akidah mempunyai ruang ijtihad dan kajian. Bagaimana pula mahu membincangan masaalah yang lebih mendalam?
Pandangan anda dihargai
Saya bersetuju dengan pandangan tuan, tidak seharusnya kita menghukum orang dengan sesat kerana ianya akan menempelak kita kembali, iaitu kita yang sebenarnya sesat. Saranan ini perlu ditujukan kepada kedua-dua belah pihak.
Bagi saya orang awam yang serba kekurangan, cukuplah saya bepegang (taqlid) dengan fahaman Imam Syafie dalam hal feqah (dan juga akidah) serta mengikuti Imam Abu Hassan Asyaiari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi yang menjadi ikutan majoritas ulamak termasuk ulamak nusantara seperti Syeikh Daud Al-Fathoni, Tok Kenali dan lain-lain dalam hal aqidah. Bukankah imam mujtahid mutlak (Imam mazhab yang empat)juga berfahaman sedemikian? Siapalah kita kalau dibandingkan dengan mereka.
Yang menghairankan saya ialah, golongan yang mengaku pembawa tajdid ini. Saya merasakan mereka sombong dan angkuh. Mentanglah ada ilmu lebih sedikit, begitu cepat sekali mereka menghukum kami orang awam ini bidaah, sesat dan khurafat. Saya minta mereka cermin diri mereka dahulu sebelum membuat tuduhan begitu. Kalau mereka malas berzikir, berqunut dan sebagainya, tak payahlah menuduh orang lain sesat. Golongan ini sebenarnya yang memecahbelahkan masyarakat.
Alfaqir Ilallah, Umar Mustafa.
Ana berpendapat, ustaz terlepas pandangan berkenaan kenapa Ibn Taimiyyah dianggap sesat oleh golongan ASWJ. Ianya bukan hanya disebabkan beliau menolak pendekatan sifat 20 atau menggunakan falsafah dalam memahami ilmu aqidah semata tetapi lebih daripada itu. Mungkin ustaz boleh mengkaji dengan lebih lanjut kenapa Ibn Taimiyyah dianggap sesat oleh kebanyakan ulamak muktabar.
ada, tapi semuanya isu furu'
bahkan saya melihat pandangan Ibnu Taimiah lebih tepat dalam banyak keadaan, cuma perbalahan ini berkaitan aulawiyyat.
Pandangan Ibn Taimiyyah yang mana ustaz berpandangan yang ianya lebih tepat (dan berbanding dengan pandangan siapa)? Mungkin ustaz boleh kongsikan.-Kamil
Assalamualaikum wbt.
Dalam huraian dan juga kenyataan ustaz seperti di atas, ustaz berpendapat pertikaian yang berlaku (pertentangan dengan pendapat Ibnu Taimiyyah) hanyalah dari segi furu'.
Tetapi terdapat juga maklumat para ulamak muktabar termasuk Al Hafidz a Faqih Waliyy ad-Din al 'Iraqi (W 862 H) yang merumuskan bahawa Ibnu Taimiyyah telah menyalahi Ijma' dalam banyak permasalahan, kira-kira sekitar 60 masalah, sebahagian masalah usul ad-Din (pokok-pokok agama) dan sebahagian berkenaan dengan masalah-masalah furu' ad-Din (cabang-cabang agama).
Di antara perkataan Ibnu Taimiyyah dalam usul ad-Din yang menyalahi ijma' kaum muslimin adalah perkataannya bahawa jenis alam ini qadim (tidak bermula) seperti yang ditulis di dalam kitab-kitab beliau termasuk di dalam Al Fatawa.
Bagi saya, Ibnu Taimiyyah ini adalah seorang tokoh yang penuh dengan kontroversi. Untuk mengambil hujah daripada beliau bukan tidak boleh tetapi berbahaya kerana pandangan beliau banyak yang menyalahi ijma'. Lebih-lebih lagi dalam hal usul. Kalau tersilap ambil nanti, takut-takut sesat pula kita – Wal 'iyazubillah.
Wallahu a'lam bissawab.
ABU DANISH
abu.danish@hotmail.com
kepada Abu Danish, Zallatul `alim biasa berlaku kepada mana-mana ulama hatta Imam As-Syafie sekalipun.kalau kita tahu pandangan itu tersilap atau terseleweng berdasarkan pandangan2 ulamak muktabar yang lain,kita tak wajib ambil.
nak menentukan sesuatu masalah itu ijmak pu ada khilaf.tuan boleh lihat dalam kitab2 usul.-nuar kenitra
ijma' memang sumber hukum yang khilaf, setakat yang ana baca dalam perbincangan tahafut falasifah dan tahafut al tahafut, ana dapat simpulkan bahawa pemikiran alam ini qadim adalah dari pemikiran falsafah yang masuk dalam pemikiran islam, betapa kalutnya pemikiran umat islam masa tu jika sekiranya ulamak seperti ibnu taimiah yang menolak falsafah juga berpandangan demikian, jika kita mengkafirkan beliau kerana zallah tersebut maka kita akan mengkafirkan barisan ulamak yang sebelum dan selepasnya yang turut terlibat seperti, Ibnu Sina,al Razi, al Farabi, al Kindi, Ibnu Rushd, memang zallatul ulamak perlu dijauhi, kita tak perlu mengajarkan apa yang salah, bagi saya pemikiran tajdid adalah penyelesaiannya.
Tuan Syeikh,
Zallatul `alim? Kita boleh terima kalau dalam masalah furu'. Tetapi dalam masalah usul iaitu aqidah, tidak wajar kita bertolak ansur. Kalau begitu, amat mudah fahaman lain yang sesat seperti hibur tahrir, mu'tazilah, qadariah dan yang mutakhir ini, Islam Liberal akan menyusup masuk ke dalam masyarakat kita.
Memang wujud khilaf hatta dalam antara mazhab yang empat, umum mengetahui. Tetapi perlu ditekankan sekali lagi di sini, Imam mazhab yang empat tiada khilaf dalam soal aqidah. Kesemuanya berpegang dengan fahaman ahli sunnah waljamaah yang haq.
Apabila ulamak wahabi seperti Sulaiman bin Sahman, dalam kitabnya Ad-dhiya' Asy-syariq fi Roddi Shubuhaat Al-Maziq Al-Mariq (M/S 79, cetakan Dar Al-Ifta' Wal-Irsyad) mengatakan, " Apabila Allah duduk di atas kursi,maka terdengarlah bunyi keriukan seperti seseorang yang duduk di tempat yang baru", apakah wajar kita berkata fahaman ini boleh diterima? Bukankah ini masalah pokok? Yang jelas bertentang dengan maksud ayat Al-Quran surah Asyura Ayat 11!
Wallahu a'lam.
sebelum kita pergi lebih jauh,elok kita bincangkan apa tujuan sebenarnya tauhid atau ilmu akidah?tujuan ilmu tauhid atau akidah adalah untuk mengelak daripada terjatuh kedalam perbuatan atau perkataan atau iktikad syirik dan mengithbatkan sifat Allah yang maha suci dan agong sepertimana yang dijelaskan dalam nas al-quran dan as-sunnah.percubaan kita untuk mengithbatkan sifat Allah ini mestilah dengan cara yang dijelaskan olehNya sahaja.kemudian Allah memerintahkan kita melihat tanda-tandaNya melalui kejadian-kejadian yang diciptaNya.seperti banyak yang disebut dalam ayat-ayat al-quran. inilah cara para sahabat dan salfus soleh memahami akidah.di peringkat ini perbincangan ilmu akidah tidak sedetail selepas kurun ke2 hijrah.
kemudian apa pula hasil dan kesan yang sepatutnya selepas memahami dan menyakini sifat Allah.?kesan akidah yang betul adalah dari sudut amalan harian kita.solat jamaah kita.jihad dan pengorbanan kita.akhlak dan budi bicara kita.ana rasa inilah yang akan dipersoalkan diakhirat.orang awam cukup dengan ini.
samada fahaman salaf dan khalaf inilah tujuan mempelajari akidah adalah untuk mensucikan sifat -sifat Allah dari segala bentuk syirik.Allah tidak menetapkan fahaman salaf betul atau fahaman khalaf betul.sebab itu Imam Al-Banna menyatakan cara fahaman salaf "aslam" beliau tidak menolak fahaman khalaf .
islam liberal/mazohir syirk tersebar kalau kita perhatikan kebanyakannya di negara-negara yang bukan salafy wahabiy.islam liberal tersebar bukan masalah fahaman salaf dan khalaf.masalahnya adalah kejahilan umatnya dan kelesuan ulamaknya.tenaga para ulamaknya banyak dihala dan dihabiskan dalam masalah yang tidak membuahkan hasil.tenaganya bukan untuk membina umat.tuan-tuan boleh buat kajian fahaman mana yang mempertahankan bumi palestin,afghanistan dan lain-lain bumi islam sekarang ini.Inilah kemuncak hasil akidah .-nuar kenitra
sebelum kita pergi lebih jauh,elok kita bincangkan apa tujuan sebenarnya tauhid atau ilmu akidah?tujuan ilmu tauhid atau akidah adalah untuk mengelak daripada terjatuh kedalam perbuatan atau perkataan atau iktikad syirik dan mengithbatkan sifat Allah yang maha suci dan agong sepertimana yang dijelaskan dalam nas al-quran dan as-sunnah.percubaan kita untuk mengithbatkan sifat Allah ini mestilah dengan cara yang dijelaskan olehNya sahaja.kemudian Allah memerintahkan kita melihat tanda-tandaNya melalui kejadian-kejadian yang diciptaNya.seperti banyak yang disebut dalam ayat-ayat al-quran. inilah cara para sahabat dan salfus soleh memahami akidah.di peringkat ini perbincangan ilmu akidah tidak sedetail selepas kurun ke2 hijrah.
kemudian apa pula hasil dan kesan yang sepatutnya selepas memahami dan menyakini sifat Allah.?kesan akidah yang betul adalah dari sudut amalan harian kita.solat jamaah kita.jihad dan pengorbanan kita.akhlak dan budi bicara kita.ana rasa inilah yang akan dipersoalkan diakhirat.orang awam cukup dengan ini.
samada fahaman salaf dan khalaf inilah tujuan mempelajari akidah adalah untuk mensucikan sifat -sifat Allah dari segala bentuk syirik.Allah tidak menetapkan fahaman salaf betul atau fahaman khalaf betul.sebab itu Imam Al-Banna menyatakan cara fahaman salaf "aslam" beliau tidak menolak fahaman khalaf .
islam liberal/mazohir syirk tersebar kalau kita perhatikan kebanyakannya di negara-negara yang bukan salafy wahabiy.islam liberal tersebar bukan masalah fahaman salaf dan khalaf.masalahnya adalah kejahilan umatnya dan kelesuan ulamaknya.tenaga para ulamaknya banyak dihala dan dihabiskan dalam masalah yang tidak membuahkan hasil.tenaganya bukan untuk membina umat.tuan-tuan boleh buat kajian fahaman mana yang mempertahankan bumi palestin,afghanistan dan lain-lain bumi islam sekarang ini.Inilah kemuncak hasil akidah .-nuar kenitra
Terima kasih kerana sudi beri komen dan menyertai perbincangan, saya faham ada kenyataan ulamak salafi yang dilihat sebagai menyeleweng dan perlukan pembetulan, saya tidak nafikan, saya juga percaya kajian ilmiah terhadap pendapat-pendapat tersebut perlu diteruskan,namun demikian perbuatan menolak keseluruhan pemikiran zahiri, wahabi atau salafi hanya bila ada dikalangan ulamak aliran itu yang membuat kenyataan 'terpesong' adalah tindakan yang kurang tepat. Ini sepertilah seseorang yang menolak keseluruhan tasawuf kerana menolak fahaman yang dibawa oleh Hallaj. Persoalan sekarang ialah sesuatu polemik perlu dikupas dengan ilmiah dalam persoalan tersebut, bukan meletakkan brand dan menolaknya secara majmuk. Mengapa dalam tulisan dan ucapan dalam akbar-akhbar menyatakan kesilapan golongan wahabi ialah membahagikan tauhid kepada tiga? Janganlah kerana ada pendapat mereka yang tidak benar maka semua perkara yang dinyatakan oleh mereka dianggap tidak benar. Persoalan yang sama berlaku bila penceramah pergi ke masjid menerangkan hukum hudud. Penceramah dihukum kerana pihak kerajaan kata ini parti pembangkang. Lihatlah betapa celarunya cara berfikir yang diamalkan.