Nampaknya soalan seperti diatas tak habis-habis diajukan kepada saya sehari dua ni. Saya rasa saya terpaksa mencelah ditengah kesibukan untuk buat sikit penerangan tentang kekecohan isu Wahabi.
Seperti yang saya katakan, dalam tulisan lepas saya tak suka panggil Wahabi kerana setahu saya group yang dipanggil Wahabi ni kurang senang dengan panggilan tersebut. Mereka lebih suka kita panggil salafi. Tapi saya terpaksa guna istilah Wahabi untuk memudahkan kefahaman sahabat-sahabat pembaca ruangan ini.
Sebenarnya perkataan Wahabi adalah nisbah kepada seorang yang bernama:
Muhammad bin Abdul Wahhab (1703M–1791M). Beliau dilahirkan di Arab Saudi dan menghabiskan kehidupan beliau disana.
Seperti yang kita tahu Muhammad bin Abdul Wahab hidup di zaman pemerintahan Kerajaan Othmaniah yang berpusat di Turki. Masa tu Kerajaan Turki sudah berada dipenghujung umurnya. Pemerintahan Kerajaan Othmaniah berlangsung antara tahun 1299M – 1924M.
Perlu diingat, sesebuah kerajaan tidak jatuh begitu sahaja. Kehancuran sesebuah kerajaan adalah disebabkan kezaliman, kejahilan, ketamakan dan segala macam penyakit masyarakat lagi.Dalam masa yang sama kekuatan kerajaan Kristian semakin meluas. Pada hayat Muhammd Abdul Wahab jugalah Amerika mendapat kemerdekaan dari Inggeris.
Abdul Wahab menganggap perlu ada pembaharuan dalam negara umat Islam. Beliau juga menganggap kemunduran umat Islam ketika itu disebabkan oleh amalan kesufian yang diamalkan oleh masyarakat yang telah lari dari makna sufi sebenar. Kefahaman ini menyebabkan beliau telah menentang amalan kesufian yang diamalkan secara meluas pada ketika itu ditanah Arab khususnya.
Beliau akhirnya berjaya menguasai beberapa kawasan di tanah Arab, kerajaan Othmaniah tidak sempat untuk mengambil tindakan kerana sibuk dengan perpecahan dalaman dan peperangan melawan Rusia.
Sebenarnya Muhammad bin Abdul Wahab tidak mengasaskan aliran pemikiran baharu. Apa yang dilakukan oleh beliau hanyalah menghidupkan kembali pemikiran yang dibawa oleh Ibnu Taimiah. Untuk pengetahuan kita, Ibnu Taimiah meninggal pada tahun 728H bersamaan 1328M
Ibnu Taimiah hidup di Baghdad dan berhadapan dengan penaklukan Tartar keatas negara Islam. Ibnu Taimiah juga melihat amalan kesufian di zamannya adalah punca yang telah menyebabkan kelemahan umat Islam. Ini kerana beliau berdepan dengan pengamal sufi yang enggan menghadapi musuh negara dengan berjihad. Sedangkan Baghdad memerlukan tenaga mujahidin untuk berjihad menghalau musuh.
bersambung insyaallah…..
Assalamualaikum. Ustaz kena sambung segera topik ni supaya ramai dapat penjelasan. Termasuk ana..hehehe.
Cam best je penjelasan ni….
tak sabar nak ikuti sambungannya…
Ustaz tolong jelaskan pasal amalan kesufian….
Ulasan ilmiah seperti ini sangat perlu diketika ini supaya kita dapat memahami issue semasa dengan lapang dada dan tidak emosi. Saya pun tak sabar untuk membaca ulasan Ustaz seterusnya. Terima kasih
mudahan diberi kekuatan dan dipimpin Allah..amin
alhamdulillah satu pencerahan kepada pembaca. namun kini ramai yang tak faham ingin mengikuti manhaj salaf namun mengkafir dan membidahkan pendapat orang lain. Sedang para ulama salaf dahulupun saling bertolak ansur dalam perkara yang diperselisihkan .Sepatutnua kita menyibukan diri dalam masalah umat islam seperti keruntuhan akhlak, pembinaan iman bukannya masalah furuiyyah yg selalu menjadi perdebatan sehingga wujudnya permusuhan. Ijtihad dibenarkan dalam islam namun ada kriterianya. Benar akan mendapat 2 pahala sedang yg salah mendapat 1 pahala. wallahu 'alam
Saya rasa kita lebih berlapang dada kepada perkara2 maksiat…
pendedahan aurat oleh orang Islam sudah boleh diterima secara meluas…
hiburan yang memang salah dari segi syarak berleluasa serta ditunjangi pula oleh orang Islam..malah menyelinap masuk pula ke dalam rumah kita melalui radio, TV dan internet…
wallahu'alam
betul tu…media pun serah kat bukan Islam, mana nak jaga landasan hukum,