Kadar tol dua lebuh raya naik?
Utusan,KUALA LUMPUR 14 Mac – Kadar tol dua lebuh raya iaitu Lebuh Raya Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Pantai Timur dijangka akan dinaikkan.
Lebuh Raya Jambatan Pulau Pinang tidak pernah dikaji kadar tol selama 25 tahun, manakala Lebuh Raya Pantai Timur akan mengkaji kadar tolnya selepas enam tahun beroperasi.
Sumber memberitahu Utusan Malaysia di sini, kedua-dua lebuh raya tidak pernah menaikkan kadar tol sebelum ini.
”Semakan semula yang dilaksanakan oleh kerajaan akan menjadi kenaikan kadar tol buat julung kalinya, jika ia menjadi kenyataan,” kata beliau lagi.
Kadar tol Jambatan Pulau Pinang masih kekal pada RM7 sementara Lebuhraya Pantai Timur yang membuka fasa pertamanya kepada orang ramai pada 1 Ogos, 2004 masih 12 sen setiap kilometer bagi kenderaan kelas pertama.
Sementara itu, sumber itu berkata, kedua-dua lebuh raya ini akan mengalami masalah jika kadar tolnya tidak dinaikkan.
“Ini adalah kerana kedua-dua pengendali lebuh raya telah meningkatkan kemudahan dan menambah perkhidmatan mereka pada kos yang tinggi. Kegagalan menaikkan kadar tol mengikut perjanjian konsesi asal mereka akan memberi kesan negatif.
“Oleh kerana kesesakan yang semakin meningkat, Jambatan Pulau Pinang telah dilebarkan dan membuka lorong ketiga pada bulan Ogos tahun lalu (2009).
Wacana Ilmuan:
Mari kita bergelak ketawa dengan tiga ayat yang amat lucu ini:
‘kedua-dua lebuh raya ini akan mengalami masalah jika kadar tolnya tidak dinaikkan’.
–Naikkan cepat tol tu kesian betul pada syarikat yang tak kenyang-kenyang. Memang kita takut sangat pada ‘kesan yang negetif’ seperti tertera dibawah.
‘Kegagalan menaikkan kadar tol mengikut perjanjian konsesi asal mereka akan memberi kesan negatif.’
Tanpa di sedari ayat ini mendedahkan hakikat sebenar mereka!!!
“Oleh kerana kesesakan yang semakin meningkat, Jambatan Pulau Pinang telah dilebarkan.
Kesesakan meningkat bermakna pendapatan meningkat, maka apakah perlunya dinaikkan harga?? Saya cadangkan supaya dicari alasan lain, tak jadi masalah rakyat Malaysia tak akan marah yang penting alasan mesti nampak macam masuk akal sikit.
Pandangan anda dihargai