Coretan ini ditujukan buat diri dan sahabat guna sebagai bekalan dalam perjalanan…..
Kematian bukan satu penghujung kepada kehidupan manusia, tetapi ianya satu permulaan bagi kehidupan sebenar yang panjang. Kematian hanyalah penghubung antara alam dunia dan alam akhirat.
Apabila tiba sahaja detik kematian menemui kita, maka terlucutlah segala kedudukan, pangkat, harta, kuasa, kemegahan dan segala kemuliaan di dunia. Detik kematian menjadikan kita manusia yang sama tiada bezanya.
Pada hari kematian menjemput kita, maka bertukarlah segala keperluan dan harapan. Pada hari itu tidak bergunalah lagi segala kemewahan dunia. Menjadi hinalah segla pujian dan sanjungan, menjadi rendahlah segala darjat dan kebesaran.
Pada hari kematian menjemput kita, maka tercari-carilah kita amalan mulia ketika di dunia. Terlihatlah kita pada besarnya iman dan islam, terpegunglah kita pada besarnya ibadah dan taat.
Pada hari kematian menjemput kita, kemegahan adalah pada iman, ganjaran adalah pada pahala, kedudukan adalah pada syurga. Pada waktu itu tercari-carilah kita amalan di dunia. Manakah solatku?. Manakah puasaku? Manakah jihadku? Manakah dakwahku? Manakah amar marufku dan manakah nahi mungkarku?
Pada hari kematian menjemput kita, bermegahlah kita dengan ganjaran taat, bergembiralah kita dengan ganjaran adil, bersukarialah kita dengan ganjaran amanah. Pada hari kematian menjemput kita menggununglaha harapan pada sedekah, menggununglah harapan pada ilmu yang dimanafatkan, pada saudara muslimin yang mendoakan.
Pada hari kematian menjemput kita, nyatalah sahabat berkekalan ialah mu’minin. Nyatalah pemimpin sebenar adalah baginda s.a.w. Nyatalah penguasa hakiki adalah tuhan sekelian alam.
Pada hari kematian menjemput kita, bertukarlah kelalaian yang dulunya indah menjadi sesuatu yang mengerikan. Bertukarlah nafsu jahat menjadi sesuatu yang menakutkan. Bertukarlah kealpaan menjadi sesuatu yang memilukan.
‘Kembalikan kami kedunia!!’ rintih orang yang zalim. ‘Aku akan beramal soleh’ kata orang yang engkar. ‘Kalaulah aku menjadi tanah’ ujar orang-orang yang lalai.
Pada hari kematian menjemput kita, bertanyalah kita pada diri apakah harganya artis pujaan ku? Apakah harganya bintang bolasepak ku? Apakah harganya rakan bersukaria ku? Apakah harganya??
Pada hari kematian menjemput kita, terputuslah segala hubungan, terhentilah segala amalan. Terpedayalah manusia dengan bedilan meriam, tertipulah manusia dengan upacara perbarisan, dengan irama kesyahduan. Tertipulah manusia dengan andaian dan angan-angan.
Pada hari kematian menjemput kita, bermegahlah kita dengan amal soleh yang ada, bermegahlah kita dengan dakwah, dengan jihad, dengan solat, dengan sabar, dengan ilmu, dengan sedekah…bermegahlah dengan duri-duri yang menusuk sewaktu menyelunsuri jalan dakwah.
Bbermegahlah dengan kepahitan amar ma’ruf nahi mungkar, bermegahlah dengan liku-liku tarbiah, bermegahlah dengan kebenaran yang pahit dikerongkongmu, bermegahlah dengan kesempitan mu, bermegahlah dengan kesakitan, bermegahlah dengan kematian ini… karana ianya untuk Allah…
http://benmokhtar.blogspot.com
Salam, terima kasih Ustaz kerana mengingatkan kami semua. Sungguh benar apa yang Ustaz ingatkan dan bertetapan pada masa dan keadaan untuk kita merenung tentang kematian yang setiap saat kita menghampiri sama ada sedia atau tidak. Mungkin setiap hari ada kematian ia kurang menyetuh perasaan kita tapi bila melihat seorang yang mempunyai darjat, kuasa dan kebesaran dunia terbaring diliang lahat dan ditembus tanah maka nyatalah pada kita nilai sebenarnya dunia ini. Semoga pesanan Ustaz mengingatan diri saya dan saudara saudara yang lain dalam kesibukan hal keduniaan supaya tidak alpa juga untuk mencari dan mengumpulkan sebanyak mungkin bekalan selepas kematian, Insya Allah.
Ya Allah , kami berlindung dengan Kau dari menjadi mereka yang zalim, engkar dan lalai.
Hari ini kita hilang lagi tokoh negawaran yang banyak berjasa pada negara dan rakyat bergelar King Ghaz. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan segala pengorbannya membangunkan negara menjadi amalan jariah. Al Fatihah.
tidak lupa juga tazkirah itu saya tujukan untuk diri sendiri
Takziah ke atas kemangkatan Sultan Johor.
Semoga Allah merahmatinya..
Saya juga agak sedih, disebabkan, acara pengebumian yang gilang gemilang. Saya terfikir, kos untuk kesemua urusan jenazah sungguh memakan kos yang tinggi..
Sedih,
Makcik2, pakcik2, datuk2, anak2 yatim.. barangkali boleh digunakan untuk beli beras, beli dapur, membuat rumah untuk berteduh, pakaian.
Sungguh Sedih..
Semoga Allah mengampuni kita semua..
apalah gunanya kemegahan pengkebumian bagi yang telah meninggal…
apalah gunanya kemegahan pengkebumian bagi yang telah meninggal…
makna yang cukup mendalam.
moga allahh memberkati, ghufraanaka ya rab