Tahniah!!! - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Tahniah!!!

Hakim sebat pesalah kes rompak pelajar

Utusan

KUALA LUMPUR 6 Jun – Buat pertama kalinya sejak Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini beroperasi lebih dua tahun lalu, seorang pesalah akan dikenakan hukuman sebatan 10 kali di pekarangan kompleks tersebut pada 15 Julai ini.

Hukuman sebatan itu akan dilaksanakan sendiri oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin dengan disaksikan oleh kedua ibu bapa pemuda berusia 20 tahun itu, Muhammad Syafiq Abd. Wahab.

Muhammad Syafiq yang bekerja sebagai promoter dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah merompak seorang pelajar dengan menggunakan pisau pada tahun lalu.

Perintah tersebut dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 293(1)(c) Kanun Tatacara Jenayah yang berbunyi:

‘‘Mana-mana pesalah muda yang disabitkan atas mana-mana kesalahan yang boleh dihukum denda ataupun penjara di mana-mana mahkamah jenayah, mahkamah boleh, sebagai menggantikan hukuman penjara kerana tidak membayar denda itu memerintahkan pesalah itu, sekiranya lelaki, disebat dengan rotan halus tidak lebih 10 kali sebatan di dalam kawasan bangunan mahkamah dan jika dikehendaki, di hadapan ibubapa atau penjaga pesalah itu.’’

Wacana Ilmuan:
Tahniah kepada tuan hakim yang berani membawa perubahan. Itulah hukuman yang lebih setimpal dan saya harap ianya lahir dari rasa cinta dan kasih kepada agama, bangsa dan negara.

Hukuman denda RM tidak dapat membentuk masyarakat kerana orang kaya tidak merasakan keperitan hukuman, orang miskin pun boleh berhutang untuk membayar denda, kalau dilepaskan atas kebal politik lagilah teruknya.

Dr Ramadan al Buti berpendapat denda RM dalam perkara jenayah adalah bukan hukum Islam. Walaupun begitu ianya diamalkan di mahkamah syariah di negara kita. Akhibatnya siapa yang ditangkap khalwat atau zina, maka mereka boleh membayar denda RM sahaja. Siapakah yang akan takut dengan denda RM3000? Harga seekor lembu.
Pandangan anda dihargai


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 3
  • 13,745
  • 0