Assalamualaikum, pembaca Tadabbur Wahyu.
Tahniah kepada sahabat semua kerana semalam kita telah berjaya mentadabbur ayat 81 surah al-Maidah.
Dengan itu kita telah berjaya menamatkan juzuk ke enam Al-Quran Al-Karim.
Alhamdulillah syukur tidak terhingga kepada Allah yang memberikan peluang dan kekuatan kepada kita semua.
Nampaknya usaha berterusan yang dilakukan selama ini mampu memberikan kesan yang besar jika ia dilakukan secara berterusan.
Untuk itu marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar memberikan kekuatan untuk kita terus mentadabbur kitab suci Al-Quran secara berterusan.
Seperti biasa saya mengambil kesempatan seperti ini untuk mengucapkan terima kasih dan mendoakan keberkatan kepada sahabat yang berterusan menyokong usaha kami dengan menyebarkan Siri Tadabbur Wahyu kepada sahabat-sahabat lain.
Terima kasih dan doa khusus buat sahabat-sahabat yang memberikan infaq mereka kepada akaun pembangunan Tadabbur Wahyu.
Sumbangan itu sebenarnya telah menjadi sebab kepada berterusannya siri TADABBUR WAHYU ini. Kita yakin ia adalah amal jariah yang besar pahala dan keberkatannya kerana menyebarkan ilmu Al-Quran kepada seluruh manusia.
Bagi memudahkan pembaca Siri Tadabbur Wahyu boleh diikuti melalui whatsapp, telegram dan laman web mengikut keselesaan pembaca.
Terakhir, dalam kesempatan ini marilah sama-sama kita berazam agar setiap ilmu yang baik yang dikutip dari Siri Tadabbur Wahyu ini mampu untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
Semoga hidup kita sentiasa berada dibawah panduan kitab suci Al-Quran yang diturunkan oleh Allah untuk sekelian manusia. Amin amin ya Rabbal Alamin.
Ustaz Dr Rosli Mokhtar