*TADABBUR WAHYU SIRI 895*
*Surah al-Maidah: 98*
Allah Maha Pengampun dan Maha Pedih AzabNya
ٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ وَأَنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيم.
- Ketahuilah oleh kamu, bahawasanya Allah Maha berat azab seksaNya (kepada orang yang kufur dan derhaka), dan bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya).
Ayat ini merupakan kesimpulan terhadap perbincangan hukum sebelum ini, di mana Allah telah mengharamkan berburu bagi merka yang sedang berada dalam ihram, begitu juga berkenaan hukum halal berburu binatang laut kepada mereka.
Ayat ini juga mengingatkan terhadap nikmat Allah yang telah menjadikan kaabah sebagai kiblat dan tempat yang mulia. Meletakkan hukum khusus terhadap kawasan tanah haram telah menjadi satu nikmat yang tersirat kepada penduduk Mekah.
Permulaan ayat ini yang menyeru dengan “i’ilamu” bermaksud “ketahuilah” ia bagi menunjukkan kepentingan kandungan perbincangan yang perlu dihayati oleh pembaca.
Dalam ayat ini, tiga sifat Allah telah disebut. Pertama “Syadid al-Iqab” Allah Maha berat azab dan siksanya, kedua “Ghafur” iaitu yang maha mengampun dan ketiga “Rahim” bermaksud Maha Penyanyang.
Sifat-sifat ini disebut kerana Allah Maha berat azab dan siksanya bagi mereka yang telah melanggar hukum-hakamNya dan Allah Maha Pengampun dan Penyanyang kepada mereka yang mentauhid dan pentaatiNya.
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
drrosli.com
tadabburwahyu.com
4 Ramadan 1444
26 Mac 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu