*TADABBUR WAHYU SIRI 891* *Surah al-Maidah: 93* Allah Maha Pengampun Terhadap Dosa Manusia - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


*TADABBUR WAHYU SIRI 891* *Surah al-Maidah: 93* Allah Maha Pengampun Terhadap Dosa Manusia

*TADABBUR WAHYU SIRI 891*

*Surah al-Maidah: 93*

Allah Maha Pengampun Terhadap Dosa Manusia

 

لَيْسَ عَلَى ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جُنَاحٌۭ فِيمَا طَعِمُوٓا۟ إِذَا مَا ٱتَّقَوا۟ وَّءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ ثُمَّ ٱتَّقَوا۟ وَّءَامَنُوا۟ ثُمَّ ٱتَّقَوا۟ وَّأَحْسَنُوا۟ ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ

 

  1. Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

 

Ketikamana ayat sebelum ini yang mengharamkan meminum arak, mengamalkan judi dan sebagainya, para sahabat berada dalam kegusaran kerana semua amalan itu disifatkan sebagai amalan syaitan. Mereka dalam keadaan bimbang kerana merasakan amalan mereka sebelum ini dianggap satu kemaksiatan kepada Allah, sedangakan ianya dilakukan dalam suasana ayat al-Quran dalam hukum ini belum diturunkan lagi.

 

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Sahih  beliau bagaimana ada sahabat nabi saw yang bertanya mengenai nasib mereka yang telah mati sedangkan mereka sebelum ini pernah meminum arak dan mengamalkan judi.

 

Solan ini bukan menunjukkan kejahilan sahabat berkenaan kaedah Allah tidak mengambil kira persoalan hukum yang belum dijelaskan oleh nabi saw. Akan tetapi, soalan ini diajukan dalam bentuk mereka mahu berada dalam situasi terbaik dan mereka ragu adakah orang yang pernah melakukan perkara yang dilarang sebelum ini akan terlepas dari mendapat kemuliaan dan penghormatan yang tertinggi di depan tuhan.

 

Imam Fakhruddin al-Razi dalam tafsir beliau turut memuatkan riwayat yang menyatakan Abu Bakar al-Siddiq bertanya Baginda saw berkenaan kedudukan orang-orang yang tinggal berjauhan dari Madinah dan masih tidak mengetahui tentang hukum arak dan judi yang baru diturunkan itu. Keadaan itu akan menjadikan mereka tetap melakukan perbuatan tersebut sehinggalah mereka menerima maklumat yang jelas setelah berlalunya jangka waktu tertentu.

 

Keadaan sahabat di atas membuktikan mereka sangat prihatin dengan kesucian jiwa mereka serta sentiasa mahu menjadi dari kalangan orang-orang yang terbaik di sisi Allah. Keadaan itu juga menunjukkan bagaimana mereka prihatin terhadap nasib saudara seislam yang lain.

 

Persoalan sebagini sebenarnya tidak pelik kerana pernah diajukan juga kepada Baginda ketikamana diturunkan ayat 75 surah al-Nisa’. Ayat ini menyatakan bahawa tidak sama kemuliaan antara orang beriman yang duduk sahaja dengan orang beriman yang berjuang pada jalan Allah.

 

Abdullah bin Ummi Maktum telah menyatakan kebimbangan beliau kepada nabi saw sehinggalah dijelaskan pengecualian iaitu pada ayat 143 surah al-Nisa’ yang memberi kelonggaran kepada mereka yang tidak mampu untuk berjuang.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar

drrosli.com

tadabburwahyu.com

12 Sya’ban 1444

5 Mac 2023

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:

TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 6
  • 11,798
  • 0