*TADABBUR WAHYU SIRI 886* *Surah al-Maidah: 84-86* Natijah Dari Keimanan Dan Kekufuran - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


*TADABBUR WAHYU SIRI 886* *Surah al-Maidah: 84-86* Natijah Dari Keimanan Dan Kekufuran

*TADABBUR WAHYU SIRI 886*

*Surah al-Maidah: 84-86*

Natijah Dari Keimanan Dan Kekufuran

 

وَمَا لَنَا لاَ نُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا جَاءَنَا مِنْ الْحَقِّ وَنَطْمَعُ أَنْ يُدْخِلَنَا رَبُّنَا مَعَ الْقَوْمِ الصَّالِحِينَ.

  1. “Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh”

Bagaimanakah kami menolak hidayah dan petunjuk Allah sedangkan sebelum ini kami menunggu kedatangannya

Kata-kata ini merujuk kepada kata-kata kaum Nasrani yang sampai kepada mereka kitab suci al-Quan. Menurut Ibnu Asyur kata-kata ini boleh ditafsirkan kepada beberapa keadaan.

Pertama ia adalah kata-kata kaum Nasrani dalam diri mereka apabila mereka membaca al-Quran, ketika jiwa mereka bertarung samada untuk menerima Islam atau kekal berada dalam agama lama mereka.

Kemungkinan kedua ialah kata-kata ini diucapkan kepada orang-orang yang menentang pendirian mereka untuk memeluk Islam. Penentangan kaum mereka sendiri berlaku ketika mana mereka mahu menukar kepercayaan lama kepada agama baru.

Kemungkinan ketiga ialah mereka mengucapkan kata-kata ini kepada kaum Yahudi yang mengecam orang-orang Nasrani yang mahu memeluk Islam.

 

فَأَثَابَهُمْ اللَّهُ بِمَا قَالُوا جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ جَزَاءُ الْمُحْسِنِينَ .

  1. Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.

Ayat ini mengingatkan bahawa sifat yang baik dari kalangan kaum Nasrani yang mengakui kebenaran dengan kata-kata mereka berakhir dengan mendapat balasan syurga dari Allah. Balasan syurga yang dibalas kepada mereka adalah kenikmatan yang kekal di dalamnya.

 

وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ.

  1. Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli neraka.

Iaitu mereka yang kufur dari kalangan orang-orang Nasrani yang membohongi al-Quran mereka berada dalam azab yang pedih tidak seperti orang-orang beriman dan bertaqwa dimana mereka berada dalam rahmat Allah dan kenikmatan syurga.

Seperti biasa, al-Quran membandingkan antara balasan yang mulia berupa syurga dan balasan yang buruk berupa neraka bagi memberikan penerangan yang jelas dan terang kepada pembaca.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar

drrosli.com

tadabburwahyu.com

26 Rejab 1444

17 Februari 2023

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:

TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 6
  • 11,798
  • 0