TADABBUR WAHYU SIRI 883 Surah al-Maidah: 78-79 Maksiat Dan Keengganan Membasmi Maksiat Punca Kemusnahan - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


TADABBUR WAHYU SIRI 883 Surah al-Maidah: 78-79 Maksiat Dan Keengganan Membasmi Maksiat Punca Kemusnahan

TADABBUR WAHYU SIRI 883

Surah al-Maidah: 78-79

Maksiat Dan Keengganan Membasmi Maksiat Punca Kemusnahan

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ.

  1. Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.

Ayat ini menerangkan bahawa masalah yang dihadapi oleh Bani Israel bukannya perkara baru, sebaliknya ia telah berlaku semenjak zaman Nabi Daud lagi. Menurut Ibnu Asyur, jarak masa antara nabi Daud dan Nabi iIa melebihi seribu tahun, satu jarak masa yang lama.

Beliau telah memetik dari Sifr Muluk dan Sifr al-Mazamir dalam kitab Taurat bahawa nabi Daud telah melaknat orang yang telah menukarkan agama.

Selain itu, Ahli Kitab telah memberontak terhadap kepimpinan Nabi Daud dan anaknya Absyalum,  mereka juga dilaknat oleh Nabi Isa, dan perkara ini telah disebut berulang kali dalam kitab Injil.

 

كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

  1. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.

 

Menurut Ibnu Asyur ayat ini seolah-olah menjawab persoalan mengapa masyarakat Bani Israel dipunuhi dengan pelbagai kesalahan dan kezaliman. Jawapannya ialah kerana mereka tidak menjalankan tugas mencegah keburukan yang dilakukan oleh sesama mereka.

 

Begitulah tabiat kejahatan dan kemungkaran apabila tidak dibasmi dari awal akan merebak dan diterima oleh masyarakat sehingga menjadi kebiasaan yang diterima umum. Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi menceritakan bagaimana keburukan mula berkembang dalam masyarakat Bani Israel.

 

Apabila seseorang melakukan kesalahan, mereka ditegur pada permulannya, jika dia terus berada dalam keadaan demikian maka  tidak lagi ditegur selepas itu. Apabila terjadi demikian maka Allah telah memperselisihkan hati-hati mereka. Sabda nabi saw lagi: Demi yang nyawa ku berada di dalam genggamannya hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan hendaklah kamu memimpin tangan orang yang melakukan kezaliman dan hendaklah kamu memastikannya berada dalam kebenaran atau Allah akan menjadikan hati-hati kamu berselisih atau Dia akan melaknat kamu sebagaimana dia melaknat mereka.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar

drrosli.com

tadabburwahyu.com

 21 Rejab 1444

12 Februari 2023

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:

TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 10
  • 11,806
  • 0