*TADABBUR WAHYU SIRI 882*
*Surah al-Maidah: 77*
*Jauhi Sifat Melampau Dalam Beragama*
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لاَ تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ.
- Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul”.
Ayat ini melarang Ahli Kitab dari bersifat ghulu. Ia bermaksud melampau. Apa yang menarik al-Quran berdepan dengan mereka yang mengamalkan agama, tetapi mereka masih lagi dalam kesalahan kerana mengamalkannya secara melampau. Amalan agama dengan cara melampau terkeluar dari kehendak agama itu sendiri.
Antara sikap melampau kaum Yahudi ialah mereka tetap terus berpegang dengan ajaran Taurat walaupun syariat mereka telah digantikan dengan Kitab Injil dan seterusnya al-Quran.
Sementara sifat melampau kaum Nasrani pula ialah dengan meletakkan sifat tuhan pada Nabi Isa dan menolak kenabian nabi Muhammad saw. Ada ahli tafsir yang mengatakan bahawa maksud melampau disini ialah tindakan kaum Nasrani yang mengatakan tuhan itu tiga.
Firman Allah bermaksud:
dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini
Dalam rangkap ini al-Quran melarang Bani Israel daripada mengikut ajaran yang dibawa oleh pandita mereka yang telah sesat akibat melampau. Ajaran mereka itu dinamakan “ahwa’” iaitu nafsu kerana ia telah terkeluar dari landasan kebenaran, walaupun pada ketika itu, pengikut yang telah sesat tidak menyedari apa yang diikuti sebenarnya bukan lagi ajaran agama tetapi hanya hawa nafsu pandita mereka.
Bani Israel dilarang dari mengikut orang yang telah sesat sebelum ini. Mereka adalah Ahli kitab sebelum kedatangan nabi saw. Mereka juga adalah orang-orang Yahudi, jika gesaan ini ditujukan kepada kaum Nasrani kerana orang Yahudi adalah pengikut Nabi Musa yang terseleweng sebelum kedatangan Nabi Isa.
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
drrosli.com
tadabburwahyu.com
20 Rejab 1444
11 Februari 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu