TADABBUR WAHYU SIRI 875 Surah al-Maidah: 70 Menolak Kebenaran Dan Menyakiti Orang Yang Menyatakan Kebenaran Adalah Amalan Keji - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


TADABBUR WAHYU SIRI 875 Surah al-Maidah: 70 Menolak Kebenaran Dan Menyakiti Orang Yang Menyatakan Kebenaran Adalah Amalan Keji

TADABBUR WAHYU SIRI 875

Surah al-Maidah: 70

Menolak Kebenaran Dan Menyakiti Orang Yang Menyatakan Kebenaran Adalah Amalan Keji

لَقَدْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَأَرْسَلْنَا إِلَيْهِمْ رُسُلاً كُلَّمَا جَاءَهُمْ رَسُولٌ بِمَا لاَ تَهْوَى أَنفُسُهُمْ فَرِيقًا كَذَّبُوا وَفَرِيقًا يَقْتُلُونَ.

70. Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israil dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul. (Tetapi) tiap-tiap kali datang – seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh yang sebahagian lagi.

Perbincangan surah al-Maidah kembali kepada topik kaum Yahudi dan kejahatan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap Allah dan RasulNya. Menurut Ibnu Asyur ia bagi bahawa menjelaskan kemungkinan untuk Ahli Kitab beriman terhadap dakwan nabi saw amat tipis.

Bahkan mereka mereka menunjukkan sikap penentangan khususnya oleh kaum Yahudi Madinah. Sebenarnya ini bukan sesuatu yang pelik, kerana perangai yang sama telah ditunjukkan oleh nenek moyang mereka dahulu.

Peristiwa Bani Israel mengambil perjanjian telah pun disebut sebelum ini dalam surah al-Baqarah. Sementara utusan Allah yang telah dihantar kepada mereka ialah nabi Musa dan nabi Harun serta nabi-nabi lain, yang diutuskan selepas kedatangan nabi Musa dan nabi Harun. Mengikut sumberi-sumbeer Israeiliyaat, nabi-nabi itu antaranya ialah nabi Yusyak bin Nun , Asya’, Armia,Hazqial, Daud dan nabi Isa.

Untuk pengetahuan pembaca, menamakan sebahagian Nabi-nabi dengan gelaran Rasul adalah penggunaan yang biasa dalam al-Quran, menurut Innu Asyur, apabila al-Quran menyebut rasul-rasul dibunuh oleh kaum Yahudi, sebenarnya ia merujuk kepada nabi-nabi. Ini kerana pada pandangan beliau Rasul-rasul tidka dibunuh.

Dalam ayat di atas Allah berfirman bermaksud:

(Tetapi) tiap-tiap kali datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh yang sebahagian lagi.

Rangkap ini menguatkan lagi sikap dan perangai kaum Yahudi yang telah sebati dalam diri mereka sehingga siapa sahaja dikalangan utusan Allah akan ditentang dan dibunuh tanpa membezakan siapakah nabi itu dan bilakan mereka diutuskan.

Tujuan keadaan ini diceritakan adalah untuk memberikan gambaran tentang keadaan buruk mereka. Mereka membohongi utusan Allah yang tidak mereka sukai atau membunuh utusan Allah itu dengan kejam.

Penggunaan gantinama dalam ayat ini semuanya dengan menyandarkan kepada Bani Israel bagi menunjukkan bahawa walaupun yang membunuh Nabi-nabi terdahulu adalah Bani Israel yang telah mati, akan tetapi ia menggambarkan bahawa anak cucu mereka berperangai sepertimana nenek moyang mereka juga.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar
www.drrosli.com

12 Rejab 1444
3 Februari 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 6
  • 11,798
  • 0