*TADABBUR WAHYU SIRI 874*
*Surah al-Maidah: 69*
Islam Terbuka Untuk Semua Manusia
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالصَّابِئُونَ وَالنَّصَارَى مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ.
- Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani – sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Walaupun ayat ini hampir sama dengan ayat 62 surah al-Baqarah, namun demikian ayat ini lebih terperinci berbanding dengan ayat al Baqarah itu.
Ayat ini merupakan jawapan kepada persoalan, apakah nasib Ahli Kitab sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw: Apakah keimanan mereka terhadap kitab terdahulu mampu menyelamatkan mereka dari azab Allah?
Jawapannya ialah firman Allah bermaksud:
“sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh”.
Mereka yang beriman yang akan mewarisi syurga Allah ialah orang dari semua umat dan agama yang beriman dengan Allah dengan sifatnya yang bernar. Ini kerana dikalangan Ahli Kitab ada yang mengekalkan kepercayaan asal yang dibawa oleh nabi terdahulu dan tidak mencampukannya dengan ajaran syirik.
Dengan kedatangan nabi Muhammad saw, mereka hanya perlu menambah keimanan kepadan nabi saw dan ajaran syariat yang dibawa oleh Baginda. Adapun mereka yang beriman dengan Allah tetapi mencampurkannya dengan syirik maka mereka tidak mendapat kemuliaan syurga dan pahala diakhirat nanti.
Ayat ini juga mengukuhkan ayat 65 yang bermaksud: Jika Ahli Kitab beriman dan bertaqwa.. Menurut Ibnu Asyur ayat itu menyebut orang beriman sebelum menyebut orang Yahudi, Nasrani dan Soba’, bagi memberikan penghormatan kepada orang beriman kerana keimanan merekalah yang paling sempurna dan orang beriman adalah contoh yang baik bagi manusia.
Nabi saw bersabda
إن الشيطان قد أيس أن يعبد بأرضكم هذه، ولكنه قد رضي منكم بما تحقرون
Sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk disembah dibumi mu ini akan tetapi dia redha daripada kamu apa yang kamu remehkan. (Riwayat Ahmad)
Hadis ini menunjukkan agama Islam telah bertapak dengan kukuh dalam hati manusia dan umat Islam akan terus berkembang di alam semesta ini. Agama yang dahulunya sedikit penganutnya dan dimulakan dengan dakwah yang lemah kini telah diterima oleh manusia.
Ini kerana agama Islam berdiri diatas keimanan yang benar kepada Allah dan ajaran nabi Muhammad saw, serta amal soleh yang dilakukan oleh seseorang.
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
www.drrosli.com
11 Rejab 1444
2 Februari 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu