*TADABBUR WAHYU SIRI 873*
*Surah al-Maidah: 68*
Kemuliaan Manusia Berdasarkan Iman Yang Benar Dan Amal Soleh
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَسْتُمْ عَلَى شَيْءٍ حَتَّى تُقِيمُوا التَّوْرَاةَ وَالإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا فَلاَ تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ.
- Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)” Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.
Seperti yang pernah disebutkan bahawa nabi saw sangat mengharapkan berimannya Ahli Kitab. Dengan itu Baginda sentiasa berlemah lembut dengan mereka. Disebabkan keadaan itu Baginda juga tidak tergamak untuk mengucapkan ksaa-kata yang agak kasar.
Namun demikian ayat ini dengan jelas menafikan apa yang didakwa oleh Ahli Kitab selama ini, mereka sering mengatakan bahawa mereka adalah manusia yang mulia dan pengikut nabi Ibrahim. Ayat ini menegaskan bahawa dakwaan itu tidak benar sehinggalah kamu mengamalkan kitab dan beriman dengan Rasul.
Yang dimaksudkan dengan Ahli kitab ialah orang-orang Yahudi dan Nasrani, mereka dianggap bukanlah orang-orang yang mulia seperti yang mereka dakwa sehingga menegakkan suruhan kitab Taurat Injil dan al-Quran.
Ketika mendedahkan hakikat kedudukan Ahli Kitab ini sisi Allah, ayat ini juga telah memberikan satu kaedah penting yang perlu diingati oleh setiap manusia di sepanjang zaman, iaitu tiada siapa pun yang menjadi mulia kecuali dengan iman yang benar dan amal soleh. Tanpa kedua-dua unsur ini, dakwaan manusia dan sangkaan terhadap kemuliaan seseorang tidak memberi apa-apa makna.
Yang dimaksudkan dengan menegakkan Taurat, Injil dan al-Quran pula ialah menerima kedatangan Nabi Muhammad yang telah disebut dalam kedua-dua kitab suci itu. Ayat ini tidak bermaksud Ali Kitab masih tertakluk dengan hukum-hakam dalam ajaran nabi Musa atau nabi Isa. Ini kerana syariat yang Allah turunkan melalui kedua-dua kitab itu telah dimansuhkan dengan kedatangan kitab suci al-Quran.
Menurut Ibnu mas’ud ayat ini telah menolak sangkaan ahli kitab selama ini yang menyangka mereka berada dalam hidayah Allah Kerana telah beriman dengan taurat dan Injil
وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا.
Makudnya: Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka.
Rangkap kedua dalam ayat ini menerangkan bahawa kedatangan nabi dan penurunan al-Quran telah menjadi punca kemarahan dan rasa dengki Ahli Kitab kepada orang beriman. sikap perseteruan itu kelihatan masih menebal dan subur dalam pemikiran penganut mereka sehingga kehari ini.
فَلاَ تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya: Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.
Ayat ini diakhiri dengan hiburan kepada nabi saw supaya Baginda tidak bersediah di atas kekufuran Ahli Kitab sedangkan nabi saw sentiasa mahukan mereka beriman.
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
www.drrosli.com
10 Rejab 1444
1 Februari 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu