*TADABBUR WAHYU SIRI 872* *Surah al-Maidah: 67* Kewajipan Menyampaikan Risalah Islam - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


*TADABBUR WAHYU SIRI 872* *Surah al-Maidah: 67* Kewajipan Menyampaikan Risalah Islam

*TADABBUR WAHYU SIRI 872*

*Surah al-Maidah: 67*

Kewajipan Menyampaikan Risalah Islam

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنْ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ.

 

  1. Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.

Setelah menerangkan keburukan Ahli Kitab dan orang-orang munafik yang merupakan musuh nyata dan musuh tersembunyi, sampai pula giliran untuk Allah mengingatkan kepada Rasulullah saw.

Ayat ini mengajak nab saw untuk tetap istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab menyeampaikan agama Allah kepada manusia. Tetap teguh memikul amanah itu dan tidak menghiraukan karenah mereka yang menolak taufik dan hidayah Allah yang mahu disampaikan kepada manusia seluruhnya.

Menurut Ibnu Asyur, kedudukan ayat ini yang diturunkan ketika nabi telah melalui jalan dakwah yang berliku dengan jayanya. Tidak hairan jika ayat seperti ini diturunkan di Mekah atau ketika nabi saw baru bertapak di Madinah.

Apa yang menarik perhatian ialah ayat ini telah diturunkan ketika dakwah nabi saw telah berada dipenghujungnya. Ketika kerajaan yang dipimpin oleh nabi saw telah menguasai keadaan dan syariah Islam telah bertapak kukuh. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya amalan dakwah ini diteruskan dan betapa pentingnya untuk diberikan semangat serta tenaga kepada penggerak dan peneraju dakwah.

Dengan itu, ayat ini menyebut dalam bentuk sampaikan apa yang diturunkan kepada kamu dari Allah. Perkataan “unzila” bermaksud menurunkan, adalah sebahagian daripada cara memuliakan nabi saw kerana membayangkan apa yang diberikan itu adalah sesuatu yang tinggi lalu diturunkan. Ia pula disebutkan sebagai dari Allah, bagi mengukuhkan kemulliaannya.

Menurut Ibnu Asyur lagi ayat ini juga menunjukkan bahawa nabi saw telah diarahkan menyampaikan kesemua ajaran yang diberikan kepadanya. Hal ini dijelaskan bagi mengelakkan daripa terjadinya sangkaan bahawa nabi saw menyembunyikan sebahagian dari apa yang disampaikan oleh Allah kepada Baginda saw.

dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia.

Sebelum turunnya ayat ini, ada sahabat yang mengawal Rasulullah saw seperti Saad bin Abi Waqas, Huzaifah al-Yamani, namun demikian setelah ayat ini turun, Rasulullah saw telah mengarahkan mereka kembali kerumah masing-masing kerana Allah telah menjaga Baginda dari sebarang keburukan.

Menurut Ibnu Asyur, yang dimaksudkan dengan memelihara dari kejahatan manusia dalam ayat ini ialah nabi saw tidak akan dibunuh oleh musuh-musuhnya. Jaminan ini memberikan satu kelegaan kepada nabi saw kerana Baginda bimbang tidak dapat menyampaikan risalah dan amanah yang dipikul oleh Baginda, jika nyawa terkorban sebelum sempat menyempurnakan risalah Islam.

Rangkap terakhir dari ayat ini menyatakan Allah tidak akan memberikan hidayah kepada orang yang kafir merupakan satu tanda marah kepada orang yang masih engkar dan kufur dengan Allah walaupun telah dijelaskan segala perkara dan disampaikan setiap berita. Maka orang-orang yang degil seperti ini tidak akan mendapt hidayah dari Allah.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar

www.drrosli.com

9 Rejab 1444

31 Januari 2023

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:

TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 8
  • 11,823
  • 0