*TADABBUR WAHYU SIRI 870* *Surah al-Maidah: 65* Allah Mengampunkan Dosa Orang Yang Bertaubat - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


*TADABBUR WAHYU SIRI 870* *Surah al-Maidah: 65* Allah Mengampunkan Dosa Orang Yang Bertaubat

*TADABBUR WAHYU SIRI 870*

*Surah al-Maidah: 65*

Allah Mengampunkan Dosa Orang Yang Bertaubat

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْكِتَابِ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَكَفَّرْنَا عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأَدْخَلْنَاهُمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ.

  1. Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka, dan tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

Selepas menyatakan keburukan yang dilakukan oleh Ahli Kitab dan kemurkaan Allah kepada mereka, ayat ini mengajak secara umum agar Ahli Kitab beriman dan bertawa kepada Allah. Biarpun dosa dan kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka sangat besar seperti yang disifatkan sebelum ini, tetapi Allah masih akan mengampunkan dosa mereka.

Dengan itu, ayat di atas menonjolkan sifat pengampun Allah melebihi daripada sifat murkaNya. Orang-orang Yahudi telah mengutuk Allah dengan sifat-sifat yang keji dan tidak layak bagi Allah. Namun demikian jika mereka sanggup bertaubat Allah bersedia memaafkan mereka dan memasukkan mereka kedalam syurga Allah.

Penyenaraian kejahatan orang-orang Yahudi dalam ayat lepas yang sanggup melakukan kekufuran, melampau batas, berpecah belah, bersengketa, mencetuskan peperangan, melakukan kefasadan diikuti dengan ayat janji pengampunan dan kemaafan serta balasan syurga adalah bukti kepada sifat pemurah, pengasih dan penyayang yang dimliki oleh Allah tuhan sekelian Alam.

Jika sekiranya dosa sebanyak kaum Yahudi masih boleh diampunkan oleh Allah, maka sudah tentu orang-orang yang beriman tetapi melakukan kesalahan dan menyesal di atas kesalahan itu akan lebih mudah diampukan oleh Allah.

Pintu taubat sentiasa terbukan untuk hamba-hamba yang mahu kembali kepada Allah, tidak ada yang boleh menghalang mereka dari mendapat rahmat dan pengampunan dari Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Dengan itu setiap hamba dituntut untuk merendahkan diri dan mengambil peluang yang diberikan oleh Allah untuk bertaubat dari segala kesalahan dan menggantikannya dengan amalan yang mulia.

Dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Majah, nabi saw bersabda:

التائب من الذنب كمن لا ذنب له

Maksudnya: Orang yang bertaubat daripada dosa seperti orang yang tidak melakukan dosa.

Kesimpulannya, Allah bersifat dengan sifat Yang Maha Mulia, Dia Mengampunkan dosa orang yang beriman dan beramal soleh. Apa yang penting ialah kembali kepada Allah dan meminta pengampunan dariNya, dengan itu pintu taubat sentiasa terbuka buat siapa sahaja.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar

www.drrosli.com

6 Rejab 1444

28 Januari 2023

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:

TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0