*TADABBUR WAHYU SIRI 865* *Surah al-Maidah: 59-60* Kedudukan Manusia Adalah Berdasarkan Nilaian Allah, Bukan Mengikut Nilaian Nafsu Manusia - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


*TADABBUR WAHYU SIRI 865* *Surah al-Maidah: 59-60* Kedudukan Manusia Adalah Berdasarkan Nilaian Allah, Bukan Mengikut Nilaian Nafsu Manusia

*TADABBUR WAHYU SIRI 865*

*Surah al-Maidah: 59-60*

Kedudukan Manusia Adalah Berdasarkan Nilaian Allah, Bukan Mengikut Nilaian Nafsu Manusia

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ هَلْ تَنقِمُونَ مِنَّا إِلاَّ أَنْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلُ وَأَنَّ أَكْثَرَكُمْ فَاسِقُونَ.

  1. Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak mencela dan menyalahkan kami melainkan kerana kami beriman kepada Allah dan beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami, serta beriman kepada apa yang diturunkan sebelum itu, dan kerana kebanyakan kamu sesungguhnya adalah orang orang yang fasik”.

Ayat ini menjelaskan bahawa ahli kitab telah menolak dakwah nabi dan berdendam dengan Baginda saw sedangkan tidak ada apa yang perlu menimbulkan kemarahan mereka. Dakwah nabi saw mengajak kepada beriman kepada Allah dan mengiktiraf kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu termasuklah kitau Taurat sendiri.

Kemarahan dan penolakan terhadap dakwah nabi itu sangat tidak berasas sama sekali. Dengan itu jelaskah sikap mereka yang sebenar iaitu mereka tidak mahukan kebenaran dan pengabdian kepada Allah sebaliknya mereka tunduk kepada perasaan dan nafsu yang mengajak kepada mengingkari kehendak Allah.

قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَلِكَ مَثُوبَةً عِنْدَ اللَّهِ مَنْ لَعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمْ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ أُوْلَئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ.

  1. Katakanlah (Muhammad), “Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang fasik) di sisi Allah? Yaitu, orang yang dilaknat dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah Thaghut.” Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.

Jika kamu marah berdasarkan kepada perasaan dan nafsu kamu yang tersasar itu, maka ketahuilah kamulah orang yang sebenarnya yang berhak dimurkai. Ini kerana kejahatan yang dilakukan sehingga kamu layak ditukarkan oleh Allah kepada bentuk dan perangai haiwan yang hina bahkan dijadikan mereka itu memiliki fitrah yang tidak sempurna sehingga sanggup penjadi hamba kepada tuhan selain Allah. Sedangkan jika kamu dalam fitrah yang sempurna kamu tidak akan tergamak untuk bertindak demikian.

Dalam rangkap terakhir ayat ini Allah menjelaskan bahawa merekalah orang yang berada pada kedudukan yang hina dan buruk dan merekalah orang yang telah sesat dari jalan kebenaran.

Kesimpulannya, manusia boleh menghukum dengan perasaan dan nafsu dalam kehidupan dunia ini dan mungkin mendapat manfaat keduniaan daripada tindakan itu. Mungkin dapat mempengaruhi mereka yang lemah dan jahil. Akan tetapi hakikat mereka yang akan dihukum oleh Allah menjadikan kedudukan sebenar buat mereka ialah apa yang dinilai oleh Allah dan bukannya apa yang dinilai oleh nafsu dan kehendak kamu sendiri. Ini kerana Allah Maha Mengetahui tentang kedudukan yang sebenarnya dan dia tidak dapat dikelirukan oleh sesiapa

Ustaz Dr Rosli Mokhtar

www.drrosli.com

 

28 Jumadil Akhir 1444

21 Januari 2023

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:

TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 10
  • 11,806
  • 0