TADABBUR WAHYU SIRI 864 Surah al-Maidah: 57-58 Larangan Memartabatkan Orang Yang Mengambil Agama Sebagai Ejekan Dan Permainan - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


TADABBUR WAHYU SIRI 864 Surah al-Maidah: 57-58 Larangan Memartabatkan Orang Yang Mengambil Agama Sebagai Ejekan Dan Permainan

TADABBUR WAHYU SIRI 864
Surah al-Maidah: 57-58
Larangan Memartabatkan Orang Yang Mengambil Agama Sebagai Ejekan Dan Permainan
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنْ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنتُمْ مُؤْمِنِينَ.
57. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan – dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
Ayat ini juga menyebut ahli kitab dan orang-orang kafir. Pada hakikatnya ahli kitab juga adalah orang kafir. Namun demikian al-Quran menyebutnya secara berasingan. Ibnu Asyur berpendapat sememangnya al-Quran menggunakan istilah ahli kitab bagi merujuk kepada orang Yahudi dan Nasrani, sementara penyembah berhala pula dipanggil orang-orang kafir.
Dalam ayat ini ahli kitab yang dimaksudkan adalah Yahudi kerana larangan menjadikan kaum Nasrani sebagai wlai adalah tidak relevan padan ketika itu kerana mereka tidak tinggal di Madinah.
Yang dimaksudkan dengan orang kafir dalam ayat ini ialah orang kafir Madinah yang telah berpura-pura memeluk Islam seperti Rifaah bin Zaid, Suwaid bin al-Harith. Padal mulanya orang-orang beriman kagum dengan mereka berdua disebabkan perwatakan mereka tetapi telah disedarkan oleh al-Quran.
وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلاَةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لاَ يَعْقِلُونَ.
58. Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.
Kedua-dua ayat diatas adalah sambungan daripada ayat sebelumnya yang melarang menjadikan ahli kitab dan orang kafir sebagai wali. Ayat ini menerangkan illah atau sebab terhadap larangan melantaik mereka.
Sebab yang disebut ialah mereka telah menjadikan agama sebagai bahan permainan atau tidak serius dalam menerima arahan agama. Mengikut imam Fakhruddin al-razi, yang dimaksudkan dengan orang yang menjadikan agama sebagai ejekan dan permainan ialah mereka yang menunjukkan keimanan dalam percakapan mereka tetapi menyembunyikan kekufuran dalam hati mereka.
Kesimpulannya, ayat ini menekankan sifat yang di miliki oleh mereka yang dianggap musuh yang tidak perlu untuk dijadikan sebagai sandaran dan tempat meminta pertolongan. Mereka ialah orang yang mempermainkan agama. Termasuk dalam makna mempermainkan agama ialah mereka yang mengaku dengan lidah tetapi hari mereka menyimpan kebencian dan kekufuran, orang-orang yang mengubah hukum-hakam untuk kepentingan diri juga adalah orang yang mempermainkan agama.
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
27 Jumadil Akhir 1444
20 Januari 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 6
  • 11,798
  • 0