TADABBUR WAHYU SIRI 858
Surah al-Maidah: 53
Perbuatan Jahat Manusia Tidak Memberi Apa-Apa Manfaat Kepada Mereka Di Dunia Atau Di Akhirat
وَيَقُولُ الَّذِينَ آمَنُوا أَهَؤُلاَءِ الَّذِينَ أَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ إِنَّهُمْ لَمَعَكُمْ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَأَصْبَحُوا خَاسِرِينَ.
- Dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata: “Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?” Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi.
Ayat ini masih lagi membincangkan tentang konfik orang munafik yang telah menunjukkan kecenderungan mereka terhadap orang Yahudi, setelah sekian lama mereka menunjukkan keimanan dan kesetiaan kepada nabi saw.
Menurut Imam al-Qurtubi, ayat ini menunjukkan kepada tiga maksud:
- orang beriman terkejut dengan hakikat orang munafik kerana sebelum ini mereka menyatakan sumpah setia lalu mereka berkata inikah rupanya hakikat orang yang bebelum ini bersama nabi dan berseumpah menyatakan kesetiaan mereka.
- kata-kata orang beriman diatas membawa makna kecaman iaitu mereka mengecam tindakan orang munafik yang dulunya menunjukkan kesetiaan kepada nabi saw tetapi kini telah menunjukkan kecenderungan kepada orang-orang Yahudi.
- Kata-kata diatas boleh ditafsirkan gambaran terhadap kata-kata orang yang beriman sesama mereka menceritakan keadaan orang munafik.
Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi.
Menurut al-Qurtubi lagi, kata-kata ini boleh difahami dengan dua makna, satunya orang-orang beriman menyatakan gugurlah pahala amalan orang-orang munafik dan mereka termasuk dikalangan orang yang rugi dihari akhirat nanti.
Ia juga membawa maksud gugur amalan itu dalam ertikata usaha mereka untuk mendapat pertolongan daripada orang Yaudi itu adalah amalan yang tidak membawa apa-apa hasil dan usaha mereka akan menemui kegagalan.
Maksud-maksud yang dijelaskan diatas membayang kan keluasan makna al-Quran dan ianya tidak bertentangan antara satu sama lain. dengan itu mesej yang disampaikan oleh al-Quran sentaisa luas dan menyeluruh walaupun dengan menggunakan ayat yang pendek sahaja.
Kesumpulannya, tindakan menunjukkan sokongan kepada nabi saw dan perjuangannya akhirnya terbukti satu pembohongan dan kemunafikan semata-mata. Alangkah ruginya merka kerana perbuatan seperti itu tidak akan memberi sebarang manfaat kepada mereka samada di dunia atau di akhirat.
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
www.drrosli.com
21 Jumadil Akhir 1444
14 Januari 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟