*TADABBUR WAHYU SIRI 856*
*Surah al-Maidah: 50*
*Melaksanakan Undang-undang Kepada Pihak Yang Lemah Sahaja Adalah Amalan Jahiliyah*
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ.
50.Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
Seperti yang diketahui sebelum ini, peristiwa yang membawa penurunan ayat hukum ini ialah tidakan beberapa kumpulan kaum Yahudi yang datang menemui nabi saw. Mereka mahu Baginda menjatuhkan hukuman kepada pesalah yang dituduh berzina, mencuri dan membunuh.
Kedatangan mereka itu adalah bertujuan untuk lari dari hukum Allah yang dinyatakan dalam kitab mereka. Hukuman bunuh adalah dibunuh, hukuman mencuri adalah potong tangan dan hukuman zina bagi yang berkahwin dalam kitab mereka adalah direjam sampai mati.
Kaum Yahudi tidak mahu hukuman itu dilaksanakan kepada pesalah yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat mereka. Ini kerana telah menjadi amalan kaum Yahudi undang-unadang yang ada dikenakan kepada masyarakat bawahan, sementara golongan berkedudukan terlepas dari undang-undang dan hukuman.
Tindakan mereka itu telah dianggap oleh al-Quran sebagai perbuatan jahilyah. Sedangkan melaksanakan hukuman secara adil dan saksama tanpa membezakan antara satu golongan dengan golongan yang lain adalah keadilan dan kesaksamaan yang disuruh oleh Allah.
Oleh itu umat Islam perlu bekerja keras mendidik masyarakat dan mewujudkan sistem yang lebih menjamin kepada terlaksananya undang-undang kepada semua pihak bukan kepada rakyat bawahan semata-mata.
Sebaliknya undang-undang dalam segala bidang, maksudnya bukan dalam hal-hal jenayah sahaja perlukan kepada perlaksanaan yang adil dan telus. Sehingga semua pihak mendapat hak dan keadilan dapat ditegakkan.
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
www.drrosli.com
18 Jumadil Akhir 1444
11 Januari 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu