TADABBUR WAHYU SIRI 853
Surah al-Maidah: 48
Pemansuhan Ajaran Kitab-kitab Terdahulu Dan Kewajipan Mengamalkan al-Quran
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنْ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنْ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ.
48.Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
Tadabbur Ayat
Disebabkan ayat diatas agak panjang, maka dipecahkan terjemahan ayat diatas berdasarkan rangkap-rangkap yang ada, kemudaiannya barulah disertakan penjelasan ringkas mengenainya.
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنْ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ.
-Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya.
Menurut Syeikh Sya’rawi, Allah menggunakan perkataan “anzalna” bermaksud menurunkan bagi menjelaskan kemuliaan al-Quran dan ajarannya tidak sepertimana pemikiran manusia. Ia juga menggunakan gantinama “kami” bagi menguatkan kemulian kitab suci ini. Sememangnya pemikiran dan idea manusia tidak memiliki kekudusan seperti yang dimiliki oleh kitab Allah kerana sumbernya Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia.
Ayat ini menerangkan beberapa sifat al-Quran iaitu:
- Diturunkan oleh Allah iaitu ia bukan dari malaikat atau bukan dari ciptaan Nabi Muhammad saw.
- Mengandungi kebenaran
Membenarkan al-Quran maksud nya membenarkan Allah, sementara membohongi al-Quran bermaksud membohongi Allah. Walaupun demikian, ini tidak bermaksud tafsiran dan pandangan berkenaan makna dan tafsiran al-Quran juga kudus. Tidak benar, ia sudah tidak memiliki kekudusan kerana ia adalah idea dan pandangan manusia. Yang dimaksudkan dengan membawa kebenaran dan tidak mengandungi kesilapan ialah teks al-Quran itu sahaja bukan terjemahan dan tafsiran terhadap ayat itu.
- Membenarkan kitab yang telah ada sebelumnya
Al-Quran bukannya sebuah kitab yang membawa ajaran yang baru dan tidak pernah didengari oleh manusia. Al-Quran adalah kesinambungan daripada kitab nabi-nabi terdahulu. Jika mereka membawa kitab suci masing-masing maka nabi Muhammmad saw membawa al-Quran dan membenarkan apa yang dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya.
- Mengawasi atau menguasainya.
Perkataan yang digunakan dalam ayat diatas ialah “muhamainan”. Perkataan ini mempunyai beberapa maksud yang hampir sama. Ia bermaksud menjaga, memerhatikan dan menguasai. Dengan itu, ia menguasai kitab-kitab sebelumnya sepertimana yang dikatakan oleh Imam al-Tabari. Para ahli tafsri mengatakan bahawa ayat ini menerangkan tentang termansukhnya amalan kitab terdahulu dan kewajipan merujuk kepada al-Quran dan berhukum dengannya.
-Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran.
-Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing).
-Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu.
-Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
*Ustaz Dr Rosli Mokhtar*
15 Jumadil Akhir 1444
8 Januari 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu