*TADABBUR WAHYU SIRI 848* *Surah al-Maidah: 43* *Maqasid Penurunan Kitab Untuk Memandu Manusia Kejalan Yang Benar* - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


*TADABBUR WAHYU SIRI 848* *Surah al-Maidah: 43* *Maqasid Penurunan Kitab Untuk Memandu Manusia Kejalan Yang Benar*

*TADABBUR WAHYU SIRI 848*

*Surah al-Maidah: 43*

*Maqasid Penurunan Kitab Untuk Memandu Manusia Kejalan Yang Benar*

Kita masih lagi dalam perbincangan ayat 43, rangkap terakhir dalam ayat ini dianggap mewakili perbincangan ketiga dari tiga perkara yang disentuh.

  • Perbincangan Ketiga:

Firman Allah bermaksud:

dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Pada zahirnya ayat ini kelihatan berlawanan dengan prinsip asas dalam syariah Islam iaitu amalan dosa tidak membuatkan seseorang terkeluar dari agama Islam. Prisip ini difahami berdasarkan banyak dalil-dalil lain seperti suruhan betaubat. Allah menerima taubat, orang yang berdosa akan diampunkan dan lainnya.

 

Atas dasar ayat al-Quran adalah kalam Allah yang tidak mengandungi kesalahan maka dengan itu ia  tidak mungkin bertentangan antara satu sama lain. Sebaliknya pertentangan yang kelihatan berlaku antara ayat perlu diharmonikan.

 

Disebabkan ayat ini menghukumkan kafir kepada orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka ada keperluan untuk memahami ayat ini dengan cara yang lebih terperinci.

 

Para ulama secara asasnya sepakat mengatakan amalan dosa tidak mengeluarkan seseorang dari agama Islam. tidak melaksanakan hukum Allah adalah satu kesalahan tetapi mengapa ayat ini mengaikannya dengan kekufuran?

 

Kumpulan Khawarij pada zaman sahabat telah mengambil ayat ini untuk dijadikan hujah bahawa sesiapa yang melakukan dosa maka dia telah kufur atas alasan mereka telah melakukan sesuatu yang berlawanan dengan hukum Allah.

 

Kesan daripada kefahaman yang tergelincir ini, kumpulan Khawarij telah mengkafirkan ramai uamat Islam yang dilihat telah melakukan kesalahan. Lebih dari itu, kumpulan Khawarij juga tleah mengkafirkan sahabat-sahabat nabi yang telah berbeza dengan pandangan khwarij dari sudut politik. Sedangkan urusan pentadbiran dan politik sebahagian besarnya tidak melibatkan kepercayan dan iman tetapi melibatkan ijtihad dan kreativiti dalam melaksanakan sesuatu urusan pentadbiran.

 

Justeru, para ahli tafsir telah mentakwil ayat diatas dengan makna yang sesuai dengan kaedah asas iaitu orang yang melakukan dosa tidak terkeluar dari ajaran Islam. Antara pandangan mereka ialah:

  1. Ayat diatas diturunkan khusus untuk orang Yahudi dan umat nabi Muhammad tida termasuk dalam makna ayat ini.

 

  1. Maksud tidak berhukum dengan hukum Allah yang telah disebutkan sebelum ini seperti mengubah kitab Taurat dan sebagainya.

 

  • Maksud kafir dalam ayat di atas ialah berdosa besar dan bukannya kufur dalam makna seseorang itu terkeluar dari agama Islam.

 

  1. Maksud hukum Allah adalah meliputi setiap ajaran yang Allah turunkan maka maksud tidak berhukum dengan hukum Allah disini ialah tidak menerima seluruh ajaran agama samada asas iman dan amal. Adapun orang beriman yang tidak berhukum dengan hukum Allah dalam amalan maka mereka tidak kufur kerana telah menerimanya dari sudut kepercayaan.

 

  1. Tidak mempercayai dalam hati dan tidak mengiktiraf dengan lisan sementara orang beriman hanya meninggalkannya secara amalan.

 

Imam Fakhruddin al-Razi memilih pandangan terakhir dan menganggapnya tepat, sementara Syeikh Muhammad al-Tahir bin Asyur memilih pandangan pertama.

 

Kesimpulannya, tidak mengamalkan hukum Allah mencakupi makna yang luas iaitu tidak melaksanakan mana-mana ajaran yang Allah turunkan kepada manusia. Ia tidak bermaksud meninggalkan perlaksanaan hukum hudud semata-mata sepertimana yang difahami oleh sebahagian masyarakat Islam masakini. Maksud kufur dalam ayat diatas pula perlu difahami dengan lebih terperinci kerana seorang muslim tidak dianggap terkeluar dari agama Islam dengan melakukan perbuatan maksiat.

 

 

*Ustaz Dr Rosli Mokhtar*

www.drrosli.com

 

11 Jumadil Akhir 1444

4 Januari 2023

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:

TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 6
  • 11,798
  • 0