TADABBUR WAHYU SIRI 847 Surah al-Maidah: 43 Menolak Kebenaran Tindakan Tercela - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


TADABBUR WAHYU SIRI 847 Surah al-Maidah: 43 Menolak Kebenaran Tindakan Tercela

TADABBUR WAHYU SIRI 847
Surah al-Maidah: 43

Menolak Kebenaran Tindakan Tercela

وَكَيْفَ يُحَكِّمُونَكَ وَعِندَهُمُ التَّوْرَاةُ فِيهَا حُكْمُ اللَّهِ ثُمَّ يَتَوَلَّوْنَ مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ ۚ وَمَا أُولَٰئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ.

43. Dan bagaimana mereka akan mengangkatmu menjadi hakim mereka, padahal mereka mempunyai Taurat yang di dalamnya (ada) hukum Allah, nanti mereka berpaling (dari putusanmu) setelah itu? Sungguh, mereka bukan orang-orang yang beriman.

Tadabbur Ayat:
Pertanyaan “bagaimana” dalam ayat diatas bukanlah bertujuan mencari jawapan. Persoalan itu ditujukan kepada Bani Israel bagi menunjukkan keadaan mereka yang kelihatan pelik.

Hal ini merujuk kepada peristiwa “sebab nuzul” ayat ini.

Ianya berlaku apabila ada dikalangan Bani Israel yang berzina.

Mereka telah sedia maklum dengan hukum kitab suci mereka, berzina bagi yang telah berkahwin ialah rejam.

Terdapat riwayat mengatakan peristiwa ini berlaku apabila seorang dari Bani Istael membunuh dan setengah riwayat merujuk kepada kejadian mencuri.

Perbezaan riwayat ini berkemungkinan merujuk kepada kejadian yang berbeza yang dianggap menjadi sebab kepada turunnya ayat ini.

Ia menguatkan lagi gambaran tersebar nya amalan lari dari hukuman dalam masyarakat Bani Israel.

Apa yang menimbulkan kepelikan ialah mereka menolak kerasulan nabi Muhammad saw, bagaimana pula mereka boleh merujuk kepada Baginda dalam persoalan ini.

Sedangkan kitab suci mereka sendiri telah jelas dalam hal yang melibatkan jenayah zina, mencuri dan membunuh.

Membunuh dengan sengaja balasannya bunuh, mencuri hukumannya potong tangan dan zina mushsan ialah rejam. Itulah hukuman Taurat yang telah jelas pada mereka.

Pada hakikatnya, Bani Israel adalah masyarakat yang tidak menghormati kebenaran.

Apabila hukuman yang dijatuhkan terhadap orang yang dipandang mulia maka mereka mencari helah untuk lari dari hukuman itu.

Dalam peristiwa ini, nabi saw telah menjatuhkan hukuman rejam terhadap pesalah yang dibawa untuk diadili.

Hukum yang dijatuhkan itu menyamai hukum dalam kitab mereka , tetapi pada mulanya cuba disembunyikan kepada pengetahuan Baginda.

Kesimpulannya sikap lari dari hukum yang benar, mencari helah agar terlepas dari kesalahan dan membelakangi ajaran agama adalah sifat keji yang setara dengan jenayah-jenayah yang telah disebutkan sebelum ini. Masyarakat Islam diingati agar tidak bersifat dengan sifat-sifat keji seperti ini.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar
www.drrosli.com

10 Jumadil Akhir 1444
3 Januari 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 7
  • 13,907
  • 0