TADABBUR WAHYU SIRI 808: Pengenalan Ringkas Surah al-Maidah - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


TADABBUR WAHYU SIRI 808: Pengenalan Ringkas Surah al-Maidah

 

Al-Maidah bermaksud hidangan. Surah ini dinamakan demikian kerana mengandungi ayat yang menerangkan tentang peristiwa tersebut.

Surah ini juga dinamakan dengan surah al-Uqud bermaksud perjanjian. Ini kerana terdapat ayat yang menekankan topik mematuhi akad dan perjanjian.

Antara nama lain bagi surah ini ialah surah al-Akhyar mengikut Ibnu Asyur dalam tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir.

Surah al-Maidah mengandungi 120 ayat mengikut pandangan jumhur.

Dari perbincangan para ulama, dapat difahami bahawa surah al-Maidah tidak diturunkan sekaligus.

Walaupun para pengkaji sepakat mengatakan surah ini diturunkan di Madinah, namun demikian mereka percaya bahawa ayat-ayat dalam surah ini turun secara berasingan.

Sebahagian ayat diturunkan selepas perjanjian Hudaibiyah dan sebahagian pula diturunkan sekitar peristiwa hajjatul wada’.

Dari sudut fokus perbincangan, surah al-Maidah mengandungi panduan Allah berkaitan penjagaan agama, nyawa, akal, nasab dan penjagaan harta.

Surah al-Maidah juga mengandungi penerangan terhadap prinsip-prinsip asas dalam akidah dan pensyariatan Islam.

Selain itu surah ini memberi penekanan terhadap penjagaan terhadap ketenteraman awam dan keutuhan masyarakat serta melarang orang beriman daripada melakukan tindakan yang boleh menggugat kedaulatan negara.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar

29 Rabiul Awwal 1444
26 Oktober 2022
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 3
  • 8
  • 11,823
  • 0