TADABBUR WAHYU SIRI 487
*3.1.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran *
Pengenalan Surah ‘Ali Imran
Alhamdulillah, dengan izin Allah Tadabbur Wahyu surah ‘Ali Imran dapat diteruskan lagi pada hari ini. Bagi permulaan, sedikit pengenalan surah dijadikan sebagai pembuka bicara. Mudahan para pembaca dapat mengetahui sedikit maklumat umum tentang surah.
Surah ini dibaca dengan panjang pada perkataan aali kerana ia bukan perkataan Ali yang biasa disebut sebagai nama orang dan nama salah seorang dari sahabat nabi iaitu Ali bin Abi Talib.
‘ali Imran ditulis dalam bahasa Arab dengan آل عمران sementara Ali ditulis dengan علي. ‘Ali Imran bermaksud keluarga Imran.
Penjenamaan surah ini dengan nama ‘Ali-Imran adalah bersandarkan kepada hadis nabi dan kata-kata para sahabat. Dimana ada juga surah yang diletakkan namanya berdasarkan kepada penjenamaan yang yang diletakkan oleh sahabat atau ulama sahaja.
Sebuah hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kiab beliau Sahih Muslim menyatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda bacalah dua surah yang menerangi al-Baqarah dan ‘Ali Imran.
Terdapat juga hadis lain yang bermaksud: didatangkan di hari kiamat dengan al-Quran di dahului dengan al-Baqarah dan ‘Ali Imran.
Hadis riwayat al-Darimi pula menyatakan bahawa Usman bin Affan berkata : Sesiapa yang membaca ‘Ali Imran pada waktu malam maka dikira telah melakukan qiam lail.
Ibnu Abas dalam sebuah hadis sahih menceritakan bahawa beliau pernah bermalam di rumah Rasulullah saw dimana Baginda bangkit setelah berlalunya separuh malam dan membaca beberapa ayat dari akhir surah ‘Ali Imran.
Surah ini dinamakan surah ‘Ali Imran kerana dalam surah ini terdapat cerita berkaitan Imran bin Matta ayah kepada Maryam iaitu datuk kepada nabi Isa.
Yang dimaksudkan dengan “Ali iaitu keluarga Imran ialah isteri beliau yang bernama Hannah, adik Hannah yang merupakan isteri kepada Zakaria dan Zakaria ialah orang yang menjaga Maryam setelah kematian Imran.
Pada ketika itu Hannah ibu kepada mariam sedang hamil mengandungkan Maryam.
Terdapat sesetengah ulama yang meletakkan nama-nama lain bagi surah ‘Ali Imran seperti Imam al Alusi mengatkan nama surah ini ialah: al-aman bermaksud keamanan, al-kanz bermaksud perbendaharaan al-mujadalah perdebatan dan al-iistighfar.
Ibnu Asyur menyatakan bahawa beliau tidak menemui ulama lain meletakkan anama-nama sebegini bagi surah ‘Ali Imran. Pada pandangan beliau , nama -nama sedemikian diletakkan sempena dengan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam surah tersebut dan bukannya nama bagi surah tetapi lebih kepada menerangkan sifat sahaja.
Dari sudut penurunan, surah ini di turunkan di Madinah secara ittifaq ulama. Namun demikian para ulama berbeza pandngan apakah surah ini diturunkan selepas surah al-Baqarah atau selepas surah al-Anfal.
Jika surah ini turun selepas surah al-Baqarah maka ia meupakan surah kedua turun di Madinah. Sementara jika ia turun selepas surah al-Anfal maka ia menjadi surah ketiga turun di Madinah.
Syeikh Ibnu Asyur menyokong pandangan ulama seperti al-Wahidi yang menyatakan bahawa surah ‘Ali Imran turun tahun ketiga hijrah yang sekali gus bermaksud ia turun selepas daripada turunnya surah al-Anfal.
Yang menguatkan hujah beliau ialah surah ‘Ali Imran ada membincangkan tentang peperangan Uhud iaitu peristiwa yang berlaku pada bulan syawal tahun ketiga hijrah.
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini para ulama berbeza pandangan dalam beberapa perkara berkaitan bilangan ayat al-Quran, dengan itu mereka berbeza tentang bilangan ayat surah ‘Ali Imran.
Jumhur ulama mengatakan bilangan ayat surah ‘Ali Imran ialah 200 ayat sementara sebahagaian pula mengatakan bailangan ayat surah ini ialah 100 ayat.
Isnin
24 Jamadilawal 1441
20 Januari 2020
Ustaz Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau sila klik link di bawah:
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
https://t.me/tadabbur_wahyu
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Atau dari Carian Telegram, taip perkataan Tadabbur atau Wahyu, pilih Tadabbur Wahyu untuk sertai channel Tadabbur Wahyu.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟