
Rosli Mokhtar,
Anak kelahiran Kg Pusu Tinggi, Jerteh, Terengganu pada tahun 1969.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh dan pendidikan menengah di Sek. Men. Agama al-Ittifakiah, Jerteh dari tahun 1982 hingga tahun 1984.
Seterusnya menyambung pelajaran di Sek. Men. Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu (1985-1988).
Seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Hasan al-Thani, Mohammedia, Maghribi dari tahun (1989-1991), berpindah ke Universiti Muhamad V, Rabat, Maghribi dari tahun 1991 dan mendapat ijazah Sarjana Muda pada tahun 1994.
Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di universiti yang sama dalam jurusan Peng. Islam dengan pengkhususan Maqasid al-Syariah dari tahun 1994 hingga 1999.
Pada tahun 2011 mendapat Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Muamalat) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Mendapat Phd Peradaban Islam di Institut Islam Hadari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Kini menjawat jawatan sebagai pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Selangor (UIS).
Antara karya yang telah dihasilkan selain kajian akademik dan pernulisan jurnal ialah buku:
1. Maqasid al-Syariah – Hikmah di Sebalik Pensyariatan.
2. Sejarah Perkembangan Hadis.
3. Ilmu al Jarh wa al Ta’dil.
4. Undang-undang Jenayah Islam.
5. Kerajaan Islam Spanyol.
6. Tadabbur Wahyu Ringkasan dan Ulasan Kitab Al-Tahrir Wa Al-Tanwir Karya Ibn ‘Asyur.