Soalan: Siasah Syar'iyah 2 - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Soalan: Siasah Syar’iyah 2

Malaysia tidak mengunakan hukuman hudud dalam negara..alasan bgi pemimpin adalah kerana tidak mampu untuk melaksanakannya di sebabkan Malaysia dihuni oleh pelbagai kaum…adakah itu dikira Siyasah Syariah jugak ust?

Wacana Ilmuan:
Perlaksanaan hudud ni saya dah sentuh dalam entry sebelum ni, rajin-rajinlah selongkar isu blog ni. Hukum hudud melibatkan dua tahap:

1- Pernerimaan: Ada orang Islam sendiri yang tidak menerima hukum hudud. dari sudut ini semestinya perbuatan tu salah dan perlu diberikan panduan.

2-Perlaksanaan: Tahap kedua melibatkan kekuatan untuk melaksanakan hukuman hudud. Tahap ini berkait rapat dengan tahap pertama iaitu kefahaman dan penerimaan umat Islam. Kalau umat Islam sendiri mejoritinya tidak memahami dan menolak hudud maka bagaimana ianya mahu dilaksanakan. Salah satu tanda umat Islam tidak memberikan perhatian tentang hudud ialah apabila terdapat parti politik yang menggunakan isu hudud untuk meraih sokongan, seruan itu tidak mampu menarik perhatian umat Islam.

Malaysia adalah sebuah negara majmu’, oleh itu perlaksanaan hudud sudah tentu menghadapi cabaran yang besar kerana kebiasaannya masyarakat bukan Islam tidak akan setuju dengan perlaksanaan undang-undang yang bersifat agama. Kalau orang Islam sendiri menolak hudud maka adalah mustahil hudud akan difahami dan dihayati oleh orangt bukan Islam.

Oleh itu, saya amat yakin bahawa melaksanaan hudud bukan satu aulawiyyat bagi gerakan Islam. Ini kerana hudud tidak dilaksanakan diperingkat dunia Islam seluruhnya. Apa yang gerakan Islam perlu bawa ialah kefahaman Islam dan penghayatan nilai-nilai Islam khususnya yang bersifat sejagat. Isu hudud di Malaysia (pada pandangan saya) hanyalah isu politk yang jauh dari dunia realiti. Perlaksanaan hudud bukan bersifat setempat tetapi perlu mengambilkira faktor luaran samada kekuatan umat Islam atau reaksi masyarakat global. Wallahua’lam
Pandangan anda dihargai

About The Author

3 thoughts on “Soalan: Siasah Syar’iyah 2”

  1. ustz, hukum hudud wajib atas org Islam. kalau hukum hudud dilaksanakan, org kafir bleh buat pilihankn samada mahu hudud ataupun sivil…btul tak?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 6
  • 11,798
  • 0