Seruan Ulamak Syria kepada para Ulamak - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Seruan Ulamak Syria kepada para Ulamak

Persatuan Ulamak Syria dengan resmi menyokong tindakan Mufti bandar Dar’ Syeikh Zarq Abu Zaid dan anggota majlis fatwa bandar itu yang turut sama bertindak meletak jawatan sebagai protes terhadap tindakan Basyyar Asad dan kerajaan Syria yang melakukan pembunuhan terhadap rakyat Syria.

Kenyataan resmi yang berani itu turut mengecam tindakan tentera Syria yang berlaku ganas dan telah menyerang rakyat yang tidak bersenjata dengan menggunakan senjata berat termasuklah menggunakan kereta perisai dan keretakebal.

Persatuan Ulamak Syria juga bersama dengan suara Persatuan Peguam yang menyatakan pendirian mereka dengan berani menyeru Mufti Bandar Halab Dr Ibrahim al-Shalqini untuk bertindak turut sama meletak jawatan bagi menyatakan penentangan terhadap tindakan jahat pihak berkuasa Syria.

Persatuan Ulamak Syria menyeru seluruh mufti melakukan tindakan yang sama bagi menyatakan kebenaran, persatuan menyeru para ulamak agar tidak takut dengan tekanan pemerinah seperti yang telah di lakukan oleh ulamak terdahulu seumpama Said bin Musayyab, Ibnu Taimiyah, al-Izz bin Abdul Salam, Izuddin bin Qassam dan sebagainya.

{وَلَـكِن كُونُواْ رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ} [آل عمران: 79].

Kenyataan Persatuan Ulamak itu ditandatangani oleh
Muhammad Ali al Sabuni
Muhammad Faruq al-Bathal
Ruslan Masri
Hamzah Qasim al-Nuaimi
Muhammad Said Hawa
Ibrahin al-Hariri
Musa Ibrahim al-Ibrahim

bertarikh 27 April 2011

Pandangan anda dihargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 0
  • 2
  • 13,382
  • 0