Senarai Kes Jenayah Mengikut Mahkamah Rendah - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Senarai Kes Jenayah Mengikut Mahkamah Rendah

Sekadar berkongsi maklumat:…..


DENDA: TIDAK MELEBIHI RM3,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 2 TAHUN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
1 4 Pemujaan Salah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
2 12 Menghina Pihak Berkuasa Agama Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
3 13 Menyebarkan Pendapat Bertentangan Dengan Fatwa Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
4 14 Mengajar Tanpa Tauliah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
5 15 Mengingkari Perintah Mahkamah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
6 16 Penerbitan Bertentangan Hukum Syarak Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
7 17 (1) (2) (3) Judi Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
8 18 (1) (2) Minuman Yang Memabukkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
9 29 (a) (b) Khalwat Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
10 33 Menghalang Pasangan Yang Sudah Bernikah Daripada Hidup Sebagai Suami Isteri Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
11 37 Pemungutan Zakat / Fitrah Tanpa Diberi Kuasa Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995

DENDA: TIDAK MELEBIHI RM2,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
12 19 (a) (b) Tidak Menghormati Ramadhan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
13 27 Hubungan Jenis Antara Orang Yang Sama Jantina Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
14 38 Penyalahgunaan Tanda Halal Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
15 210 Penghinaan Mahkamah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
16 211 Maklumat, Keterangan @ Pengakuan Palsu Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
17 212 Pegawai Agama Yang Mengingkari Arahan Undang-Undang Dengan Niat Hendak Menyebabkan Bencana Kepada Mana-mana Orang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

DENDA: TIDAK MELEBIHI RM1,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 6 BULAN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
18 20 Tidak Menunaikan Solat Jumaat Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
19 30 Lelaki Berlagak Seperti Perempuan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
20 31 Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
21 35 Tidak Hadir Di Hadapan Pendaftar Dalam Masa Yang Ditetapkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
22 124 Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
23 125 Perceraian Di Luar Mahkamah Tanpa Kebenaran Mahkamah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
24 126 (1) (2) Tidak Membuat Laporan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
25 127 Meninggal Langsung Isteri Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
26 128 (1) (2) Menganiayai Isteri / Suami Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
27 129 Tidak Memberi Keadilan Yang Sewajarnya Kepada Isteri Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

DENDA: TIDAK MELEBIHI RM100.00 (Untuk Kesalahan Yg Pertama)
TIDAK MELEBIHI RM500.00 (Bagi Kesalahan Yg Kedua & Seterusnya)

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
28 130 Isteri Tidak menurut Perintah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

HUKUMAN: TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN PENJARA

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
29 131 Percubaan Menjadi Murtad Untuk Membatalkan Perkahwinan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
30 133 (1) (2) Kecuaian Dengan Sengaja Untuk Mematuhi Perintah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

DENDA: TIDAK MELEBIHI RM500.00 @ TIDAK MELEBIHI 3 BULAN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
31 132 (1) (2) (3) Persetubuhan Luar Nikah Antara Orang Yang Bercerai Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

HUKUMAN @ DENDA SAMA SEPERTI KESALAHAN YANG DIPERUNTUKAN DALAM KESALAHAN ITU.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
32 134 Percubaan Dan Subahat Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

TATACARA JENAYAH

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
33 224 Pampasan jika tuduhan tak berasas Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Sumber:
http://www.esyariah.gov.my/portal/page?_pageid=185,1&_dad=portal2&_schema=PORTAL2

Wacana Ilmuan:
Ada hukuman yang tak masuk akal seperti hukuman bagi kesalahan zina…

Pandangan anda dihargai

About The Author

6 thoughts on “Senarai Kes Jenayah Mengikut Mahkamah Rendah”

  1. salam ustaz,

    tq for sharing. agak menduka-citakan dan menakutkan. Perkara ini lebih utama dari apa yang berlaku sekarang ni … semoga Allah mengampunkan kita semua …

    wasalam.

  2. Bismillahirrahmanirrahim.Kadar jenayah makin meningkat,hukuman yang dtetapkan sejauhmanakah relevan dan dapat menangani masalah jenayah ini.Saya berpendapat, kalau denda duit bagi jenayah berat di sisi Islam mungkinn bukan menjadi maslah terutamanya kalau orang tu kaya. Hukuman penjara kadangkala boleh bagi kesan kepada penjenayah tapi mungkin jugak sebaliknya. Saya ada terbaca artikel yang mengatakan ada penjenayah yang keluar dari penjara lepas tu buat balik apa2 jenayh sebab nak masuk balik penjara. Sebabnya kat penjara terjamin ada makan, pakaian tempat tinggal.kalau penjenayah ni keluar penjara belum tentu ada jaminan. Sekadar perkogsian. Apa pandangan ustaz ke arah mengurangkan kadar jenayah selain hukuman>

  3. saya banyak letakk tgjwb padaa org yg tak buat jenayah, pada saya masyrkt yg membiarkan jenayah berlaku juga bersalah.bila pemimpin gagal selesai masaalah jenayah kita tak anggap satu kegagalan, walhal pemimpin ada banyak power dari mendidik sampailah menghukum, kita tak muhasabah mereka dlm kegagalan ini,

  4. salam ustaz nak tanya pasal gambar tu. memang syarat yang laksanakan hukuman org laki ke? tak leh ke untuk pompuan orang pompuan yang rotan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 10
  • 11,806
  • 0