Sembunyikan keaiban untuk berkahwin - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Sembunyikan keaiban untuk berkahwin

Soalan: Seorang lelaki mengalami sawan (epilepsi) sekali sekala, bila dia memberitahu keadannya kepada perempuan, mereka akan menolak pinangan, bolehkah dia menyembunyikan penyakitnya dari pengetahuan bakal isterinya?
Jawapan: kesemua ulamak berpendapat tidak boleh menyembunyikan keaiban yang dihidapi oleh seseorang yang mahu berkahwin tehadap bakal pasangan mereka. Perbuatan itu menyerupai penipuan dalam jual beli.
Namun demikian para ulamak bersalahan pendapat dalam menentukan tahap keaiban yang perlu didedahkan itu, adalah mustahil untuk menyatakan segala keaiban yang pada diri seseorang.
Antara dawabit yang di gariskan ialah:

1- Penyakit yang membahayakan.

2- Keaiban yang menganggu maqasid perkahwinan.

3-Keaiban yang menimbulkan perasaan jijik, aib dan menganggu perasaan pasanganuntuk berdampingan.

Dalam kes yang dinyatakan tadi, penyakit epilepsi adalah penyakit yang memberi kesan yang besar terhadap kehidupan seseorang serta ianya menjadi penyakit yang ditakuti oleh manusia. Oleh yang demikian, keadaan itu perlu dijelaskan kepada bakal pasangan sehinggalah beliau menjumpai pasangan yang sanggup menerimanya seadanya.

Memang akan ada orang yang berkata, kesianlah pada orang yang terkena penyakit sedemikian, susahlah dia nak kahwin, ya memang susah, tapi kesian juga pada seorang perempuan yang bila berkahwin dapat mengetahui suaminya ada masaalah.

Islam melihat kemaslahatan kedua-dua pihak. Namun demikian kerapkali kita jumpa dalam masyarakat orang yang sanggup juga berkahwin walaupun mengetahui keadaan suaminya begitu. Tidak semua orang berkira.

Dalam persoalan perkahwinan orang yang mengidap penyakid aids, saya bercadang untuk mengulasnya kemudian insyaallah.

Pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 5
  • 11,797
  • 0