selamat bercuti bagi pelajar yang telah selesai exzm, terutamanya pelajar yang tak ambil short sem, masa untuk berada di luar kampus agak panjang. memangnya masa cuti adalah masa yang sangat penting..masa cutilah anda semua nak merapatkan ukhuwah dan nak bersama keluarga itu sangat penting gunakan sebaiknya masa bersama keluarga untuk belajar ilmu kekeluargaan dan adab bersama masyarakat.
Pelajar di IPT sebenarnya sekian lama tinggal berjauhan dari keluarga, ada pula yang mula duduk di asrama semenjak ting 1 lagi, kalau diikutkan jangkamasa bersama keluarga amat sedikit, tidak hairanlah rata-rata keluarga dimalaysia mengalami hubungan yang tidak erat khususnya antara adik beradik, masing-masing akhirnya membawa diri samada yang berjaya atau yang tak demikian. Masa inilah anda perlu belajar tatasusila bersama masyarakat, adat menghormati orang tua, jiran dan sudara mara.
Jika di masa belajar hubungan banyak dengan rakan sebaya, dan tidak ada sebarang kawalan pulak tu. Masa cutilah masa paling sesuai untuk para pelajar membina kematangan bersosial. Saya titikberatkan disini kerana kematangan ini amat diperlukan bila anda terjun kedalam masyarakat nanti. Kerana tidak memiliki kemahiran bersosial , ramai graduan yang memikul ijazah yang besar namanya tetapi gagal berinteraksi dengan masyarakat sebaik mungkin, dikolej atau univ tidak ada diajar itu semua kecuali beberapa jurusan tertentu sahaja, tidak hairan kalau didapati mereka hidup dalam dunia sndiri dan tidak berfikir kecuali dalam kerangka’aku’. Membawa title ilmu tetapi kontang akhlak bermasyarakat, individu pelik ini tidak dapat menambat hati masyarakat untuk memartabatkan ilmu dan mendekatinya. Kaum ilmuan akan menjadi satu lambang keegoan, kebengisan, dan masyarakat individualistik yang tidak bermanafaat. Ramai orang yang berilmu tapi tidak pandai berkawan, apa yang difikirkan ialah bagaimana memenuhkan kantongnya, ada juga yang tidak pandai menghormati orang yang lebih tua. Semua itu perlu dipelajari secara praktikal dan masa cutinilah masa yang sesui untuk mendalaminya. Jika benar keadaan itu, maka sebenarnya anda sedang cuti dari univ kecil tetapi sedang memasuji univ yang lebih besar iaitu univ masyarakat.
Akhir kalam, selamat bercuti dan jumpa semula untuk saya terangkan lebih terperinci bagaimana memanafaatkan masa cuti secara lebih maxsima. Wassalam.