Ukhuwwah adalah sebuah kata keramat yang sering dilaungkan lantaran keagungan dan kehebatannya dalam menggapai sebuah kejayaan. Dan kejayaan hakii itu pula tidak pernah berlaku untuk indiviu secara terpisah tanpa disertai dengan kejayaan ikhwah yang lain. Lantaran itu, setiap sarjana dan manusia agung tidak sekian kali meninggalkan catatan yang cuba untuk membina tembok keutuhan ukhuwah dengan berbagai ramuan dan resipi. Terakhir Hasan al Banna mengumpamakan ukhuwah dengan keimanan dan perpecahan pula ialah satu kekufuran.
Dalam suasana kerja yang terikat erat dengan keberkatan ilmu. Sudahtentu sekali kita adalah orang yang paling terkedepan untuk membuktikan dengan bahasa praktikal tentang suruhan ilmu itu sendiri dan antara tuntutan garapan ilmu itu adalah ukhuwah. Firman Allah dalam surah al anfal ayat 62-63 meletakkan kejayaan itu pada dua benda iaitu pertolongan Allah dan orang-orang beriman. Ayat ini juga mencabar dunia bahawa ramuan dan resepi lain untuk ukhuwah tidak akan berjaya menggabungkan hati hati manusia. Allahlah yang mennyatukanya atau dalam ertikata lain, dengan mengamalkan ajaran Allahlah terarahnya manusia dalam membentuk ukhuwah.
Senyum ketika bertemu, memberi dan menjawab salam, ucapan-ucapan tahniah dan penghargaan, ziarah menziarahi, membantu, soalt bejamaah, memberi makan dan sebagainya adalah gesaan-gesaan quran serta hadis yang jika dilihat tidak lain dan tidak bukan menjurus kearah mewujudkan perasaan saling hormat- menghormati dan cubaan dalam mengikat hati hati mukmin. Dalam suasana yang lebih hapir dengan kita di sini, kesediaan kita untuk memikul dan menjalankan misi bersama juga tidak terlepas dalam ertikata ukhuwah, sehingga sumbagan bulanan kita pada lajnah khairiah itu bukanlah besar dari segi jumlahnya tetapi besar dari segi menghidupkan ukhuwahnya.
Seringkali ukhuwah digambarkan dengan suasana harmoni, berlemah lembut dan bermaafan, namun itu semua sebenarnya tidak sedikitpun menafikan hak untuk menegur kesilapan , membetulkan yang bengkok dan menyatakan kebenaran. Sebagai manusia biasa kesalahan sering berlaku dalam menentukan tahap keseriusan samada ketika menegur atau ketika menerima teguran, bagaimanapun itu semua dineutralkan kembali dengan kembali kepada paksi ukhuwah. Lantaran itulah ukhuwah memerlukan cubaan demi cubaan dari kita semua untuk tidak sedikitpun merasa bosan dan berputus asa dalam meneruskan usaha membina keutuhan ukhuwah yang akhirnya menjadi sebuah mercu tanda keagungan insani.