Sejenak Bersama Dr Wahbah Zuhaili - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Sejenak Bersama Dr Wahbah Zuhaili

Pada pukul 5.30 hari Khamis 24/12/09 Dua hari lepas, saya sampai di perkarangan Hotel Bluewave Shah Alam. Bersama saya ialah Ustz Shahrul dan Ustz Fairuz. Kami datang dari KUiS semata-mata untuk berjumpa dengan Dr Wahbah Zuhaili.

Sebaik saja sampai, kami disambut oleh Ustz Daud Lin yang memang telah berada disana. Kami dibawa ke tingkat 16 untuk bertemu dengan Dr Wahbah Zuhaili. Mungkin sesetengah sahabat kurang mengenali Dr Wahbah. Beliau adalah seorang ulamak Syiria yang terkenal dan banyak menghasilkan buku dan penulisan yang menjadi rujukan semasa umat islam masakini.

Sesampainya kami di tingkat 16, kelihatan seorang tua yang masih tegap tubuhnya mengalu-alukan kehadiran kami. kami bersalam-salaman dan berbalas ucapan. Nampaknya tidak banyak perubahan yang berlaku pada diri Syeikh, walaupun kali terakhir saya bertemu beliau semenjak hampir dua tahun yang lepas.

Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang dan membazirkan masa. Sebaik sahaja duduk, kami mula membincangkan persoalan-persoalan yang dirasakan penting untuk dibincangkan. Saya mula bertanya beberapa hadis dalam Sahih Bukhari dan ingin meminta pendapat peribadi beliau.

Antara soalan yang diajukan kepada Dr Wahbah Zuhaili ialah fitnah yang melanda umat Islam Malaysia berkaitan denga isu Wahabi, Ibnu Taimiah dan kafir mengkafir yang ditimbulkan. Seperti yang kami sangka Dr Wahbah Zuhaili nampaknya tidak berminat untuk berbincang panjang tentang isu tersebut. Beliau hanya menyatakan bahawa jangan kamu layan puak-puak yang mengkafirkan ulamak. Sebaliknya lakukan kerja-kerja menyedarkan masyarakat tentang kesataun, ilmu dan membina kekuatan.

Beliau sangat sedih dengan tindakan segelintir orang Islam yang mengkafirkan Ibnu Taimiah. Serahkan ianya kepada Allah, kata Dr Wahbah Zuhaili. Saya mengambil yang baik dari ulamak dan kesilapan mereka saya tinggalkan, saya menyerahkannya kepada Allah. Setiap manusia ada kesilapannya. Ibnu Taimiah seorang mujahid dan ulamak yang banyak berjasa, benar dia ada kesilapan. Ujar Dr Wahbah Zuhaili.

Dr Wahbah Zuhaili juga menyatakan harapannya yang menggunung untuk melihat kami sebagai orang yang mampu membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia, berliau berpesan bahawa cara yang akan membawa kebaikan ialah keazaman yang tinggi untuk menuntut ilmu walau siapa kita sekalipun, aku masih mengkaji, menambah dan memperbetulkan kesilapannku ujar Dr Wahbah Zuhaili. Gunakan masa kamu dengan sebaiknya, jangan biarkan masa berlalu, setiap jam, setiap minit dan setiap detik adalah sangat berharga. Pesan Dr Wahbah kepada kami.

Kamu sediakan target, untuk kamu capai dalam masa dua tahun contohnya, ujar beliau lagi. Dalam masa yang kamu tetapkan itu pastikan kamu berusaha siang dan malam, bersungguh-sungguh, pastikan ianya berhasil dalam masa yang kamu tetapkan. Begitulah seterusnya. Begitulah nasih-nasihat Dr Wahbah Zuhaili kepada kami dengan cuba memandu kami menangani beberapa isu lagi. Sedar tak sedar jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang, saya pun memberi isyarat kepada rakan-rakan untuk beredar demi untuk tidak memberati Dr Wahbah.

Perjumpaan itu walaupun ringkas tetapi cukup memberikan suntikan semangat kepada kami untuk terus berusaha dibidang ilmu mudahan ianya menjadi amal soleh yang mampu dijadikan naungan tempat berteduh ketika tiada lagi lindungan kecuali lindungan Allah yang maha perkasa. Selamat tinggal Syeikh Wahbah Zuhaili…

Pandangan anda dihargai

About The Author

2 thoughts on “Sejenak Bersama Dr Wahbah Zuhaili”

  1. nampaknya komen ana yang terdahulu tentang 'zallatul alim' sama dengan pendirian dr wahbah.syeikh muhammad ghazali pernah menyebut dalam tulisan beliau tentang sikap beberapa pelajar yang baru mengenali beberapa kitab dan ulamak cuba untuk mengkeritik ulamak2 dahulu supaya orang melihat beliau hebat .inilah sikap sebahagian budak berhingus dalam ilmu dan bahasa arab kat malaysia ni sibuk mencari kesalahan ibnu taimiyah,ibnu qayyim,ben baz ,
    dll dengan harapan dapat nama dan sohor.semua ulamak yang dicaci dan diperlekehkan mereka telah menyumbang tenaga dan ilmu mereka kepada umat islam berkurun lamanya.budak berhingus kat malaysia ni hadith 40 puluh pun tak lepas.tapi tenaga dan otak mereka banyak digunakan untuk mencari kelemahan dan mencaci ulamak.masyaAllah.-nuar kenitra

  2. selain tu ana tengok satu masaalah lagi ialah kumpulan ustaz yang masyarakat letak kepercayaan tetapi hakikatnya mereka ersangat dangkal, nak baca kitab pun tak reti, akibatnya mereka ambil ilmu melalui dengar orang kata saja, org seperti ini bahaya kerana kata2nya di percayai, bila dah tak reti nak rujuk, maka mcm mana nak menggunakan kaedah dan analisis jauh sekali

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 6
  • 11,798
  • 0