Siapakah orang ini? Orang ini dikenali ramai dia adalah orang yg telah memenuhi hidupnya dengan pembunuhan dan kekejaman terahadap orang islam dan agamanya, dia amat berkuasa sehingga tiada negara dalam dunia yang boleh menyekat kejahatannya, dia mempunyai senjata tercanggih dunia, sebut saja Arieal Sharon pemimpin arab akan mengigil ketakutan, tenteranya dianggap tidak mungkin dapat dikalahkan, dimana dia sekarang?
Agak lama tak didengari ceritanya. Arieal Sharon sedang berada di sebuah hospital di Israil, sejak sekian lama dia terlantar, semenjak Januari 2006 Sharon telah di serang stroke, semenjak itu dia tidak mampu berbuat apa-apa.
Dia mengalami perdarahan otak yang teruk. Beberapa kali telah dilakukan pembedahan tetapi tidak berjaya.
Walaupun dia sakit tetapi namanya tetap hangat dalam pilihanraya Israil Mac 2006 namun manusia cepat lupa, ketika ini Israil hangat dengan cuaca pilihanraya yang hampir, nama Arieal Sharon sudah tidak kelihatan. jika namanya dijadikan modal untuk kempen pilihanraya 2006 tetapi tempatnya kini telah digantikan dengan Levni.
Sharon telah banyak berjasa kepada rakyat Israil dialah yang telah menubuhkan parti Kadema pada November 2005. Dengan penubuhan itu dia berjaya menyatukan rakyat Israil yang bercakaran sesama sendiri.Tetapi kini partinya akan berkubur bersama Sharon. Org yg di sebut-sebut akan memenangi pilihanraya Israil ialah Benyamin Natanyahu.

Jika sebelum ini Arieal Sharon bermesyuarat untuk membunuh rakyat Palestin, tetapi masa telah beredar, roda kehidupan bertukar arah. Pakar-pakar perubatan mencadangkan alat bantuan pernafasan Sharon di buang bagi membenarkannya untuk diistiharkan sebagai sekujur mayat. Sementara cadangan itu ditentang oleh pihak gereja Yahudi. Perbincangan yang sebenarnya jika tidak berkesudahan akan menyaksikan satu lagi rekod dunia dimana dia akan menjadi bangkai bernyawa paling lama disimpan. Manakah pangkat yang dikejar sehingga sanggup membunuh? Manakah harta yang di tinggal sehingga sanggup merampas? Manakah pujian yang di terima sehingga sanggup menzalimi? Wahai para pemimpin belajarlah dari seorang yang gagal dalam hidupnya, dia gagal dalam ujuan Allah. Wanauzubillah an nakuna mina jahilin
Bukan setakat pemimpin..bahkan kita juga.
kita juga pemimpin…
Kamarudin
kita juga akan ditanya…ya kitalah pemimpin itu…