Sambutan Tahun Baru 2010: Kegembiraan Yang Tak Berasas - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Sambutan Tahun Baru 2010: Kegembiraan Yang Tak Berasas

Sebagai seorang Islam, saya diajar oleh agama saya untuk sentiasa berfikir. Akal yang merupakan alat untuk berfikir adalah amat berharga. Sebab itulah Allah menyebut dalam quran ‘tidakkah kamu berfikir’ ‘mudahan kamu berfikir’ ‘Allah telah menjadikan untuk kamu pendengaran, penglihatan dan perasaan’.

Salahsatu perkara yang menarik untuk saya fikirkan ialah kegembiraan manusia menyambut tahun baru. Ada yang menyambutnya dengan mercun ada pula yang menyambutnya dengan minum arak dan berbagai cara lagi. Tidak kurang juga yang sekadar melihat gelagat manusia.

Setiapkali melihat kegembiraan manusia menyambut tahun baru, saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang digembirakan. Saya tidak menganggap gembira dengan kedtangan tahun baru sebagai sesuatu yang terlarang disudut agama, tapi persoalan yang timbul ialah mengapa?

Saya cuba menyelami hati manusia yang bergembira tapi sehingga kini masih belum berjumpa dengan satupun sebab yang konkrit untuk mengiakan tindakan itu. Setelah lama mengelamun saya mula membuat andaian bahawa mungkin ramai manusia yang buat sesuatu yang dia sendiri tak faham.

Main mercun, minum arak, berzina beramai-ramai, tunjukkan kegembiraaan…masaalahnya apa yang digembirakan? Yalah kan ni tahun baru kita rasa gembira..mungkin ini saja jawapannya…saya terus berfikir…sebab untuk bersdih mungkin jauh lebih banyak daipada sebab untuk gembira…kita tak perlu gembira dengan tahun baru kerana tahun itu bukanlah sesuatu yang boleh menjanjikan apa-apa secara automatik.

Kedatangan tahun baru menunjukkan kita makin tua, menunjukkan kita talah menghabiskan masa setahun didunia dan menunjukkan tempoh kita hidup telah berkurangan sebanyak setahun dari tahun lepas, itu pun nak gembira?

Yang kelakarnya ialah tahun baru yang disambut denan mercun itu menyaksikan kenaikan harga gula sebanyak dua puluh sen. Kita semua tahu bahawa naiknya harga gula bermakna semua harga makanan akan naik, itu semua akan berlaku dalam tahun baru. Bagi yang merokok anda juga akan mengalami kenaikan harga rokok…

Setahun melangkah juga memberi makna bertambahnya setahun lagi umur negara Malaysia yang amat berbeza keadaannya berbanding masa ia ditubuhkan, setahun demi setahun berlalu menyaksiakan terhakisnyaa kuasa politik Melayu dan terhakisnya penguasaan mereka dalam penguasaan tanah tumpah darah mereka.tu pun nak gembira ke?

Diperigkat golbal, krisis umat Islam langsung tidak dapat digembirakan, saya tak kata kit aperlu bersedih dengan kedatangan tahun baru, tapi kedatangan cabaran baru ini perlu dihadapi dengan keazaman baru, tekad baru,strategi baru, usaha baru bukannya disambut dengan kegembiraa, mercun, filem, arak dan zina.

Pandangan anda dihargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0