

Gambar di atas telah disiarkan sehari dua lepas dalam Kosmo. Gambar ini menceritakan bagaimana marahnya orang Haiti kepada pencuri yang dapat ditangkap. Di tengah-tengah suasana tidak menentu yang dihadapi oleh rakyat negara itu ekoran gempa bumi dan kelewatan bantuan makanan dan air bersih.
Apabila melihat gambar ini, saya mula bertanya kepada diri saya sendiri, apa agaknya yang akan berlaku pada dunia ini jika yang menghukum pencuri itu adalah orang Islam? Sudah tentu segala macam ulasan dan amaran akan dikeluarkan. Orang Haiti rata-ratanya beragama Kristian mazhab Khatolik. Hukuman ini tidak sedikitpun dikaitkan dengan keganasan Kristian.
Islam menghukum pencuri yang cukup syaratnya dengan hukuman potong tangan, kemudian mereka dirawat. Selain itu Islam melarang perlaksanaan hukuman di laksanakan ketika suasana masyarakat tidak mementu, ketika ketiadaan makanan, kemiskinan, kebuluran, kemarau dan peperangan. Larangan perlaksanaan hukuman juga dikenakan ketika tiadanya institusi keadilan yang berwibawa.
Gambar di atas bukan sahaja menceritakan kepada saya kerahmatan Islam tetapi menceritakan kepada saya betapa umat Islam telah mengabaikan aspek penyiaran. Apabila keaiban umat Islam di sebarkan dan diperbesar-besarkan oleh media barat sementara umat Islam terduduk kelesuan seperti harimau tua yang telah kehilangan taringnya.
Umat Islam Malaysia pula memikul dua keaiban. Pertama kerana gagal mewujudkan sumber imformasi peringkat antarabangsa dan keduanya kegagalan menguasai media dalam negara sendiri. Akibatnya umat Islam Malaysia melihat apa yang ‘orang lain’ mahu kita lihat.
Kesilapanya ialah samada kerana kegagalan kita mewujudkan orang kaya yan mampu membeli kepentingan media untuk sajian umat atau wujudnya orang kaya yang tidak pernah terfikir untuk mengorbankan harta dan masanya bagi memenangkan agama Allah yang tercinta.
Tidak hairan kalau sajian media sentiasa berbentuk negetif, samada kisah cinta yang tidak terarah, pemujaan melampau terhadap artis, cerita seram yang memaparkan ustaz hanya sebagai penghalau hantu atau cerita ganas yang membunuh naluri kerahmatan.
Gambar diatas adalah lukisan kehidupan yang bukan sahaja menceritakan keganasan di Haiti, tetapi juga menggambarkan betapa alam ini sedang menjerit kepada muslim, bangkitlah dari tidurmu dan ambillah amanah khilafah dengan tanganmu!!! Hanya rahmat Islam mengatasi segalanya!!!
Pandangan anda dihargai
Inna lillahi wa inna ilaihi rooji'uun.
Bukan pada dasarnye Nasrani, bermaksud orang2 yang bertolongan2, kalau tak silap saya la..
Ini Bukan menolong, tapi menzalimi..
Waalaahu'alam
To Anon 9.07
Nasrani bukan bermakna bertolongan2yang tu Ansar, setahu ana Nasrani merujuk kepada nama tempat Nasirah. Wallahua'lam
betul belaka,
oo.. mintak maaf, kesalahfahaman.. 🙂
ok
Boleh terangkan kepada ana, tentang wujudnya tempat Nasirah ini? Bila ia digelarkan sebagai nasroni? Nasoro?
dalam fiman allah man ansari ilallah