Kemungkinan pertama disebabkan penggunaan itu mungkin akan digunakan untuk mengelirukan umat Islam atau digunakan untuk penyebarann agama Kristian. Kemungkinan kedua ialah berkaitan kemarahan umat Islam yang tidak biasa dengan keadaan itu.
Sementara kemungkinan penggunaan itu menggangu kesucian Islam telahpun tertolak dengan tindakan Rasulullah yang tidak pernah mengeluarkan arahan pengharaman kepada orang bukan Islam semasa baginda hidup.
Melalui tiga asas diatas, bolehkah kita katakan bahawa tindakan sesetengah khatib yang mengapi-apikan kemarahan umat Islam sebagai tidak tepat? Perlukah diadakan demostrasi menentang penggunaan nama Allah dilakukan seolah-olah ianya satu malapetaka? Persoalan perlukah dibakar gereja saya rasa tidaklah sukar untuk dijawab setelah melihat hakikat yang telah diutarakan.
Dalam ruangan ini saya ingin menegur segelintir penceramah yang amat suka munggunakan gimik. Pantang ada masaalah sikit maka mereka akan menggunakan semangat yang melampau untuk membangkitkan perasaan rakyat. Sementara pemuda yang perihatin dengan agamanya akan menyahut seruan dan gesaan penceramah, mereka sanggup berbuat apa sahaja demi agama. Semangat yang tidak berpijak pada hikmah dan tidak berpandu pada cahaya ilmu dalam banyak keadaan akan merugikan umat Islam sahaja.
Oleh itu apakah kita perlu setuju dengan penggunaan tersebut? Jawapannya ialah tidak semestinya. Yang saya mahu tekankan sekarang ialah masyarakat tidak perlu dilibatkan dengan isu ini. Kalau mereka nak dilibatkan juga maka biarlah mereka tahu apa yang mereka hadapi. Sejauh mana bahayanya benda yang dihadapi dan dimanakah letaknya konflik ini dalam neraca agama. Kita tidak perlu menggunakan emosi sehingga ada penceramah yang menangis kerana sedih kerana pada tanggapannya ini adalah penghinaan yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah umat Islam.
Persoalan sebenar ialah disekitar strtegi umat Islam mematahkan usaha pihak gereja untuk menyebarkan dakyah mereka. Alhamdulillah masih ramai umat Islam di Malaysia yang prihatin dengan agama mereka. Mereka sepatutnya digerakkan hanya untuk memberi tekanan sepaya nama Allah tidak digunakan oleh pihak gerja kerana itu akan membahaya, mengelirukan dan dipergunakan untuk penyebaran agama Kristian.
Dari satu sudut, hujah diatas masih boleh dipertikaikan. Sampai bila umat Islam perlu ditakutkan dengan tindakan orang? Mengapa umat Islam tidak disedarkan dengan kepentingan dakwah? Bahkan penggunaan itu sekaligus menjadi tiket kepada orang Islam untuk menggugat akidah orang Kristian.
Dari sudut realiti, tindakan melarang adalah lebih tepat, ini kerana memang orang Melayu suka menggunakan teknik menakut-nakutkan. Bermula dari mereka mendidik anak sampailah mereka memerintah negara, semuanya menggunakan kaedah menakut-nakutkan. Semasa kecil kita diajar jangan menangis ada hantu, jangan duduk atas bantal akan keluar bisul, jangan cakap politik nanti kena ambil tindakan, jangan dan jangan…
Berdasarkan realiti usaha dakwah umat Islam amat lemah dan ramai orang yang akan dikelirukan, berdasarkan kebebasan agama Kristian menyebarkan dakwah mereka tanpa ada sekatan (satu ketika dulu rumah saya pun sering mendapat risalah menceritakan tentang agama Kristian. Berdasarkan kemarahan umat Islam yang melonjak-lonjak maka saya amat setuju jika penggunaan nama Allah dilarang dari digunakan oleh agama lain. Tapi tindakan yang saya rasa lebih benar ialah biarlah ianya dilakukan oleh pihak kerajaan sebagai sebahagian daripada tuntutan menjaga sensitiviti masyarakat.
Pandangan anda dihargai
biarkan orang kristian menyebut nama Allah banyak2.dalam surah al-jumaah menyarankan supaya disebut nama Allah banyak2 mudah-mudahan beroleh kejayaan.Umat Islam sendiri ramai telah lama tidak menyebut nama Allah.agama lain bersusah payah untuk memperolehi hak menyebut dan menggunakan nama Allah.
dengan lafzul jalalah kita doakan orang kristian terkesan dengan nama Allah dan dicampakkan nur hidayah kepada mereka.nuar kenitra
seorang kawan bagitahu saya, kawannya bukan Islam tak setuju orang bukan Islam dibenarkan untuk mengunakan nama Allah, alasannya nanti satu hari nanti orang Hindu pun nak tukar tuhan dia panggil Allah jugak, kalau macam tu hilanglah agama Hindu, keluhnya dengan bimbang.
salam,
maaaf mencelah.. dalam surah jumaah tu Allah suruh orang beriman yang sebut nama Allah banyak2 bukan orang kristian..jgn biar org kristian plak yang sahut firman ni..takbir!
hehe