Perkauman - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Perkauman


Salam alaik ustaz. Nak tanya pendapat. Apa pendapat ustaz tentang slogan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ yang diketengahkan oleh sebuah NGO di Msia ni?


  • ya..ramai yang terkeliru antara batasan bangsa dan agama,
  • kekeliruan ini timbul ketika kumpulan islam berdepan dengan kumpulan nasionalis yang memerintah,
  • ringkasnya, islam tidak membatalkan bangsa, sebagaimana islam tidak menghalang sesuatu bangsa membina dan memajukan bangsanya
  • menganggap sesuatu pertubuhan itu salah kerana diasaskan atas nama dan kepentingan bangsa adalah tidak tepat
  • kekeliruan ini juga mungkin timbul bila ada orang menterjemah nasionalis sebagai asabiah
  • sebenarnya nasionalis sama dengan qaumiyyah

  • Malizi Kuh asabiayyah maknanya taksub, dan taksub tidak terjadi pada bangsa saja, ianya mungkin terjadi pada parti, kumpulan, persatuan, kabilah atau daerah dll

    3 hours ago · · 1
  • Malizi Kuh sebab itulah ada umat islam yang taksub mazhab sehingga mengkafirkan mazhab lain, ada yang taksub pemimpin sehingga tidak sanggup mengakui kesilapan seseorang pemimpin,

    3 hours ago ·
  • Malizi Kuh zaman rasulullah, baginda adalah pemimpin tertinggi, sementara pemimpin kaum dan kabilah tetap wujud dan tidak dibatalkan oleh baginda

    3 hours ago ·
  • Malizi Kuh setelah nabi berpindah ke madinah pun orang-orang muhajirin yang berasal dari mekah tetap mempunyai pemimpin sendiri,

    3 hours ago ·
  • Malizi Kuh pada suatu hari saya telah berforum, panel seorang lagi bertanya kepada penonton: tuan-tuan mahu mati Melayu ke mati dalam Islam??

    3 hours ago ·
  • Malizi Kuh saya kira persoalan itu tidak wajar, seorang cina boleh tetap jadi cina untuk masuk islam, maka seorang melayu boleh tetap jadi melayu untuk jadi orang Islam.

    3 hours ago ·
  • Malizi Kuh Dari sudut pentadbiran pula, orang melayulah yang akan lebih perihatin dengan nasib orang melayu

    3 hours ago · · 1
  • Malizi Kuh dan di Malaysia orang melayu yang dominan, jika mereka bersatu sudah tentu Islam jadi kuat sebab orang Melayu di Malaysia adalah Muslim

    3 hours ago · · 2
  • Malizi Kuh namun demikian di Amerika mereka telah mencapai tahap kematangan yang lebih tinggi, kontrak sosial negara mereka telah disepakati dan diterima semua orang, sebab itu mereka dah tak kira bangsa apa yang memerintah, yang penting pemimpin itu menjaga kepentingan rakyat Amerika, kematangan ini mungkin juga akan wujud di malaysia tetapi pada tanggapan saya bukan dalam masa terdekat, ini kerana bangsa2 di malaysia masih prajudis antara satu sama lain,

    3 hours ago ·
  • Ahmad Izzat apa komen ust kalau org kata slogan ni tak syumul dan akan menyebabkan org makin jauh dari pertubuhan mahupun dakwah? dan adakah slogan tersebut tepat dgn konteks nasionalisme yg difahami alBanna?

    2 hours ago ·
  • Malizi Kuh sejak pula selogan kena syumul?

    about an hour ago ·
  • Malizi Kuh disebabkan menafikan org melayu dari bercakap atas bangsa mereka telah dicanang sekian lama, maka ada org yg tetap menganggapnya salah,

    about an hour ago ·
  • Malizi Kuh al-Banna menentang perkauman yg berbentuk menzalimi bangsa lain dan berpecah belah, beliu tidak menentang perkauman yang berupa menguat dan membina sesuatu bangsa

    about an hour ago ·
  • Malizi Kuh saya lihat -wallahua’alam- parti yg bersifat kaum di negaa ini masih terkawal kerana mereka dalam masa yg sama bekerjasama dengan parti2 berlainan bangsa dibawah payung yang lebih besar.

    about an hour ago ·
  • Malizi Kuh dengan itu setiap parti yang berlandaskan kaum akan disokong oleh kaum masing2 dan kemudiannya bersatu membentuk kerajaan, untuk itu kepentingan setiap bangsa akan ada pejuangnya

    about an hour ago ·
  • Malizi Kuh namun begitu model begini tidak bersifat mesti berterusan selamanya, pkr membawa model semua bangsa dalam satu parti, apa yg diperjuangkan ialah nilai2 bersama, sementara pas satu ketika dulu menganggap model BN sebagai salah tetapi kini telah menerimanya, saya rasa perkembangan yg berlaku sebagai biasa tapi janganlah mana2 pihak menganggap hanya mereka yg mewakili Islam …

    about an hour ago ·
  • Ahmad Izzat ust, adapula yg berkata mereka yg membina bangsa untuk perjuangan Islam sama seperti umno dan usaha seperti itu tidak berkesan sehingga harini seperti yg diusahakan umno. mereka samakan perjuangan bangsa seperti umno. adakah benar ia tidak relevan lagi?

    about an hour ago ·
  • Malizi Kuh soal tidak relevan tu boleh dibincang, tapi yang biasa didengar ialah ‘bertentangan dengan islam’, ‘membawa kekufuran’ dll

    about an hour ago ·
  • Malizi Kuh ada orang yang menolak hujah kumpulan yang menyaingi mereka dengan menggunakan hukum agama, seperti kufur, haram dan sebagainya.

    54 minutes ago ·
  • Malizi Kuh tabiat sebegini kalau kita dapat atasi lebih baik, soal relevan atau tak, soal strategi, kebanyakannya bukan berbentuk halal haram secara mutlak

    47 minutes ago ·
  • Ahmad Izzat ada kisah zaman Rasulullah yg menekankan pentingnya bangsa dlm Islam ust?

    38 minutes ago ·
  • Malizi Kuh Firman Allah:

  • Malizi Kuh يا أيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله اتقاكم

  • Malizi Kuh kuwujudan kaum adalah fenomena alam yg dicipta oleh Allah

  • Malizi Kuh Hadis: sebaik kamu ialah org yg melindungi kaumnya selagi mana mereka tidak bersalah.
  • Malizi Kuh Riwayat Abu Daud, Tabarani, Baihaqi

  • Malizi Kuh Perkauman yg tidak kira kebenaran, hak dan keadilan adalah salah, pemikiran sebegini tak ada di negara kita, orang melayu hanya mahu mengekalkan hak mereka sebagai pemilik negara, bahkan banyak kelebihan yg diberikan kepada kaum pendatang

Pandangan anda dihargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0