Wacana Ilmuan:
Illah adalah sebab kepada hukum. Para ulamak membina hukum hakam berdasarkan illah yang dijumpainya berdasarkan cara-cara menetapkan illah.
Dalam kes wali mujbir, para ulamak bersalahan pendapat dalam menanggapi siapakah yang layak untuk menjadi wali mujbir? Adakah ayah dan datuk atau datuk sahaja? Imam Syafie berpendapat Ayah dan datuk sementara Imam Hambali menganggap bapa sahaja yang memiliki kuasa memaksa anaknya berkahwin.
Para ulamak bersalahan pendapat tentang illah ijbar, apakah wali mujbir dibolehkan memaksa orang yang di walikannya kerana perempuan itu masih kecil atau kerana dia masih dara? Dalam ertikata lain apakah illah ijbar? Bakarah atau sughr?
Ulamak yang mengatakan bakarah maka mereka akan melihat setiap wanita yang telah tidak dara maka dia tidak boleh dipaksa oleh wali mujbir. Ulamak yang melihat sebabnya ialah sughr (tidak cukup umur) maka mereka akan menganggap wali mujbir tidak boleh memaksa apabila perempuan telah baligh.
Satu soalan ialah mengapa mereka mencari illah dalam kes ini? Jawapannya ialah sebenarnya para ulamak ingin mencari apakah yang paling baik bagi perempuan? Sebenarnya para ulamak mahu menjaga kepentingan wanita. Ini kerana wanita agak sukar menentukan pasangan yang paling baik baginya, terutamanya dalam masyarakat yang wanitanya tidak mempunyai pengalaman dalam kehidupan luar.
Apakah wanita boleh menanggapi kepentingannya sebaik sahaja dia baligh atau bila dia telah mempunyai pengalaman dalam berhubung dengan lelaki? Imam Hanafi menganggap wanita telah mampu menentukan kemaslahatn dirinya sebaik sahajadia baligh. Syafie enganggap wanita yang telah pernah bersetubuh telah mempunyai pengalaman dalam menentukan kemaslahatan untuk dirinya.
Saya lihat kelainan ijtihad ulamak ini sesuatu yang normal berdasarkan kehidupan dan kematangan masyarakat yang berlainan mengikut tempat dan zaman. Para ulamak silam berijtihad mencari kemaslahatan untuk wanita sesuai dengan zaman mereka dan ulamak zaman ini perlu berijtihad untuk memnuhi kemaslahatan wanita sesuai dengan zaman ini.
Kedua-dua unsur itu wujud dan berkemungkinan besar di zaman kita satu ijtihad baru perlu diwujudkan memandankan meluasnya sikap tidak bertanggung jawab yang agak ketara di pihak ayah dan datuk kepada anak dan cucunya.
Pandangan anda dihargai