Penulisan Buku Teks - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Penulisan Buku Teks

Agak lama saya tidak menulis dalam blog ini, sebenarnya seminggu-dua yang lepas saya telah disibukkan dengan penulisan bab contoh buku Bahasa Arab. Bukan apa cuba masuk tender Kementerian Pendidikan sebagai penulis buku teks. Ramai juga calon-calon yang masuk.
Kalau cerita pasal masuk tender ni memanglah sudah beberapa kali ambil borang, tapi borang-borang yang dibayar sebanyak RM50.00 kebiasaannya terdampar tampa diisi. Ini kerana tender penulisan buku teks memerlukan calon menyiapkan bab contoh sebanyak 24 muka surat. Dalam persaingan sengit seperti ini, semua penulis menyiapkan bab contoh yang sangat canggih. Jika tidak ada persediaan cukup, sudah tentu keputusan dah dapat dijangka.
Sebaik sahaja siap menyediakan bab contoh dan borang diserahkan kepada pejabat Dewan Bahasa Dan Pustaka, telefon berdering, seorang sahabat lama menalifon dan bertanya:Anta masuk tender? Dengan penuh semangat saya jawab: Alhamdulillah, baru hantar, anta pula bagaimana. Jawab sahabat lama ni: aduh ana ambil borang tapi tak sempat menyiapkannya.
Nampaknya manusia ni hampir sama tingkah-lakunya, adapun untuk dapat tendertu saya masih menadah tangan kelangit…ya rab..yaa rab..waffiq ya rab…aminn (saya mengharapkan doa kalian)

Pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 8
  • 11,823
  • 0