Salah satu daripada kelemahan mata pelajaran agama, baik yang secara formal atau sebaliknya adalah pengabaian yang ketara dari sudut Amal Jama’ie. Konsep kesatuan umat Islam dan sumbangan terhadap masyarakat.
Sedangkan ajaran Islam amat memberikan tumpuan dan penekanan terhadapnya. Contoh yang dapat diberikan ialah gambar solat semasa mengajar para pelajar bersembahyang. Jarang sekali ditonjolkan gambar yang menunjukkan mereka sedang solat berjemaah. Sebaliknya hanya terdapat gambar seorang pelajar yang sedang bersembahyang bersendirian.
Selain itu pangajian hadis dan adab, contohya berkisar dalam lingkungan individu. Apa yang dimaksudkan dengan unsur jama’ie atau kemasyarakatan, contohnya pengajaran hadis yang lebih umum seperti:
1- al-Dal ‘ala al-Khair ka faa’ilihi (maksudnya: menunjukkan kebaikan adalah sama seperti orang yang melakukannya)
2- Unsur akhaka zhaliman au mazhluman (maksudnya: Bantulah rakanmu yang zalim dan dizalimi)
3- Inna Allaha fi ‘auni al-‘Abdi maa daama al-‘Abd fi ‘Auni Akhihi (maksudnya: Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hamba yang sering beliau membantu saudaranya yang lain).
Selain itu, antara yang boleh diperbaiki ialah pelajaran agama mestilah bersifat membangunkan kepimpinan seorang pelajar. Prinsip muslim yang lebih sedia bekorban untuk memelihara agama, bangsa dan negaranya mesti diketengahkan supaya agama akan menjadi unsur memperkasakan pelajar.
Sudah sampai masanya untuk kita memberikan kepada masyarakat pelajaran agama yang keluar dari lingkungan kefahaman terhadap hukum bersuci sahaja.
UP: Ust. Zamri KPN
Olahan semula: alamghiri
Saya setuju dengan pandangan ustaz. Sudah sampai masanya kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia melakukan perubahan ke arah membina masyarakat amal jami’e, dan mempunyai aqidah yang kuat serta berani menyatakan kebenaran, menegakkan agama allah.
insyaallah kita sama berusaha