Pelajar Agama: Cabaran dan Penguasaan (1) - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Pelajar Agama: Cabaran dan Penguasaan (1)

Pelajar saya masih berada di minggu-minggu awal semester, kalau ikut pengalaman saya, awal semester adalah hari-hari yang penuh semangat dan azam masih membara. Semangat untuk menguasai pelajaran memang menyala-nyala.

Saya pernah sebut dalam ruangan blog ini, cabaran utama pelajar kita ialah bahasa. Mana-mana saya pergi masalah pelajar ialah pelajaran diajar dalam Bahasa Arab dan penguasaan Bahasa Arab mereka amat minima. Pergilah universiti mana pun inilah masalahnya.

Saya terfikir juga, mengapa pulak universiti kita kebanyakannya tak mengajar dalam bahasa Melayu saja, seperti di UKM. Satu masalah lagi, yang saya dapat kesan kelemahan bahasa ni sampai keperingkat orang yang di panggil ulamak sendiri. Kelemahan bahasa yang saya maksudkan ni bukannya di peringkat pertuturan, tapi di peringkat kefahaman.

Seorang pelajar atau ulamak di Malaysia tidaklah perlu sangat pandai bercakap Arab, yang perlu mereka pandai ialah memahami teks arab untuk rujukan itu saja. Saya rasa, untuk mendapatkan kepandaian ini tidaklah terlalu susah, cuma perlukan sedikit kesungguhan saja.

Bagi orang yang tak belajar bahasa arab mereka mungkin terkejut jika saya katakan kebanyakan pelajar yang bergeraduan dalam pengajian islam sebenarnya gagal merujuk teks arab dan gagal memahaminya. Disebabkan penulisan agama peringkat tinggi amat kurang dalam bahasa Melayu, maka kerja untuk mendapatkan maklumat amat sukar bagi mereka. Tidak hairanlah kalau mereka akan terpenjara dengan maklumat-maklumat yang sama, statik dan out of date.
Pandangan anda dihargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0