Patuhi Undang-undang Alam - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Patuhi Undang-undang Alam

Gambar di sebalah diambil dari akhbar Utusan Malaysia. Kemalangan ngeri yang melibatkan kematian 2 org warga Malaysia yang dicintai. Takziah kepada keluarga mangsa dan doa dikalungkan kepada mangsa yang telah pulang kerahmatullah. Moga Allah menempatkan mereka bersama orang-orang yang soleh. Amin.

Dalam masa yang sama Utusan Malaysia memaparkan keengganan peniaga ayam untuk menurunkan harga ayam yang tiba-tiba melonjak 40-60 sen sekilo. Terkejut juga saya baca cerita tu, bertambah terkejutnya saya kerana baru 2 minggu lepas saya berjumpa dgn seorang kawan yang terlibat dgn perniagaan ayam. Dia kata harga ayam menjunam. Bila saya fikir-fikir baru saya ingat ooo…babi dah sakit org bukan islam beralih kepada ayam.
Apa yang menariknya saya mengupas dua topik ini pada hari ini? Saya sebenarnya tertarik dengan situasi pertama. Kemalangan ngeri berlaku di jalan jelatek. Saya kenal benar dengan jalan Jelatek ni sebab dulu pejabat saya kat situ. Orang KL sema kenal Jalan Jelatek. Jalan ni memang baik dan tak ada nampak ruang untuk berlaku kemalangan ngeri. Kalau di fikirkan memang dah sah lah kereta yang melanggar tu melanggar had laju. Ini kerana kereta yang nak masuk kekeramat baru saja melepasi lampu isyarat. Apa yang saya nak fokuskan disini ialah kemalangan itu melibatkan pencabulan terhadap undang2.
Dalam kes kedua, peniaga pula enggan menurunkan harga ayam, walaupun yang mengarahkannya ialah pihak Kementerian Perdagangan. Sekali lagi arahan kerajaan tidak didengari. 
Dalam quran ada menceritakan kepada kita perihal satu hukum alam. Dimana quran menyatakan bahawa kejahatan atau keburukan atau musibah yang berlaku diatas muka bumi ini disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia.Surah al Rum ayat 41 
Apabila manusia melanggar undang2 yang dibuat untuk mengatur kesejahteraan hidup, maka segala perkara yang berkaitan dengan kehidupannya akan terganggu.  Cuba kita lihat kemelut politik di Perak. Ianya juga akibat tangan-tangan manusia.
Kalau kita telah faham dengan hukum alam tersebut maka mudahlah untuk kita memahami mengapa kehidupan dinegara kita sedikit-sebanyak menuju kearah untuk lebih tidak selesa. Jawapannya ialah kerana undang-undang ada tapi pematuhan dan penguatkuasaannya hampir tiada.
Mana perginya talipinggang keledar untuk penumpang belakang kereta? Kalau kita menyelunsuri jalan-jalan di Bukit Bintang, kita dapati ramai orang Islam minum arak!! Kalau kita pergi ke Jalan dan Lorong Hj Taib, ramai pondan. Kalau kita… dan kalau kita….banyaklah lagi perkara yang menunjukkan tiada penguasaan terhadap undang2. Sebab itulah dulu ada ura-ura nak larang hisap rokok di restoran…agak boleh kuat kuasake?
Kalau dengar rintihan peniaga pasar borong tentang kebanjiran orang asing, tak larat nak dgr kita, itu semua kerana penguat kuasaan. Itu tak sembang perkara2 yg lebih rumit seperti kadar racun serangga pada sayur, kadar uabt dlm ayam, kandungan kimia dlm makanan proses dll.
Sebenarnya mematuhi undang2 ni ialah satu kerja yang sukar begitu juga dengan menguatkuasakannya. Tidak semudah yang dikatakan. Kalau takat kita kata dengan kembali kepada islam saja tak cukup. Bukan Islam yang tak cukup pada maksud saya tapi yang tk cukup ialah jika ianya hanya pada selogan sahaja. 
Sebenarnya kita sendiripun dalam kehidupan seharian banyak melanggar undang2. Di jalanraya, kedai, restoran, rumah, tempat kerja, tempat rekreasi, masjid dan lain-lain. Sebab itu saya selalu mengkagumi bagaimana barat boleh mendidik rakyat mereka supaya berdisiplin. Persoalan saya ialah berapa tahun mereka menggambil masa untuk melakukan proses itu? Apakah faktor yang menyebabkan mereka lebih patuh kepada undang2 berbanding kita yang Islam. 
Mengapa penguatkuasaan mereka lebih boleh di percayai daripada apa yang berlaku di negara Islam?  Undang-undang alam atau sunnatullah yang saya sebutkan tadi berlaku kepada siapa sahaja didunia. Bila mereka mematuhi undang2 dan berdisiplin maka merekalah yang dapat menempa kemajuan dan kemakmuran walaupun mereka tidak beriman dengan pembawa kebenaran!!!

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 8
  • 11,823
  • 0