Semasa saya sedang memandu balik dari ceramah saya mendengar satu temubual dengan seorang penyanyi muda dalam satu siaran radio. Masih muda sangat umur penyanyi ni, baru 14 tahun. Dia menyanyikan lagu-lagu saloma, bermati-matian dia mengatakan suaranya mirip saloma. Begitu juga dengan emak dan abangnya yang turut di temubual, mereka mengatakan sura budak ini mirip saloma. Penemuramah radio pula mengatakan suara budak tu iras-iras suara Saloma dan perlu di tingkatkan kualitinya.
Saya tak kisahlah dengan suara dia, yang saya dengar memang budak ini berbakat untuk menghidupkan kembali lagu2 Saloma kerana suaranya mmg ada gaya Saloma. Sungguh lunak suaranya. Apa yang menariknya sepanjang bercakap tidak henti-henti budak ini menyebut kalimah-kalimah yang baik seperti Alhamdulillah, Insyaallah Masyaallah dll.
Yang saya nak bincangkan dipagi ini ialah bagaimana pihak media di Malaysia dan orang yg bertanggungjawab berkenaan sejarah dan kebudayaan untuk mewujudkan suasana yang cukup terharu bila rakyat menyebut P.Ramlee, Saloma dan keluarga mereka. Media dan pihak kerajaan telah berjaya memartabatkan dua orang penggiat seni ini hingga jasa mereka berdua dianggap tidak dapat diperkecilkan.
Saya pernah acah-acah mengatakan P.Ramlee tak hebat, seorang pakcik tu defend P.Ramlee macam hakim Mahkamah Agung bercakap. Media telah berjaya memartabatkan seolah-olah jika tak ada P.Ramlee maka rakyat Malaysia akan mundur, atau tidak bertamaddun. Saya sebenarnya tidak mahu membincangkan apakah betul keadaan tersebut. Yang saya nak ulas tentang itu sikit sahaja, iaitu kebanyakan filem P.Ramli adalah disadur daripada filem-filem Mesir.
Apa yang saya nak tekankan ialah dalam masa yang sama media dan pihak kementerian kebudayaan telah mengabaikan para pejuang tanahair. Kedudukan mereka langsung tidak disebut-sebut. Kewujudan mereka langsung tidak diselongkar dan kehidupan serta pengorbanan mereka langsung tidak di endahkan.
Inilah yang saya anggap subjek sejarah telah di lupuskan dari dalam jiwa masyarakat. pelajaran sejarah bukan setakat disekolah. Pelajaran sejarah bukan setakat menghafal tarikh-tarikh tertentu, tetapi pelajaran sejarah adalah roh yang mesti mengalir dalam sesebuah bangsa. Orang Malaysia tidak pernah ditonjolkan dengan pengorbanan ulamak dalam menjaga kesucian agama. Kalau tidak ada pejuang-pejuang ini sudah tak ada Malaysia dalam bentuknya hari ini.
Kerja-kerja mengingati pejuang tanahair hanya bila 31 Ogos pastu senyap. Mereka tidak dimuliakan sangat. Orang tak kenal sangat siapa Abdul Rahman Limbong. Rumahnya dimana sejarahnya, atau orang KL nak ke Terengganu kerana nak tengok kesan-kesannya. Tiada apa yang dihebahkan. Tiada apa yang dibanggakan.
Hati-hati yang lalai bukan sahaja tergamak membinasakan diri dan keluarga tatapi hati yang lalai akan tuurut membinasakan peradaban bangsa.
pandangan anda dihargai