Operasi besar-besaran - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Operasi besar-besaran

Pagi semalam, 2/7/09 askar Amerika di Afghanistan telah memulakan satu oprasi besar-besaran untuk menggempur kedudukan pejuang Taliban di kawasan Helmand. Operasi itu disertai oleh 4000 askar marin Amerika dan 650 askar Afghanistan. 50 helikopter penganggkut tentera digunakan dan mereka juga membawa kereta kebal. Jeneral Stenly berkata bahawa operasi ini merupakan operasi terbesar yang melibatkan penganggkutan tentera melalui udara semenjak perang Viatnam.

Amerika sering melakukan operasi kecil-kecilan dikawasan kubu Taliban tersebut dan setiap kali operasi menyaksikan kematian orang awam. Semenjak Mei sahaja sudah 140 orang awam terbunuh dalam serangan Amerika terhadap kawasan tersebut. Pada bulan lepas, tentera Britain juga telah mengadakan operasi pemburuan tentera Taliban di kawasan yang sama.

Kawasan Helmand merupakan kubu kuat Taliban yang telah mengorankan lebih 30 orang tentera Amerika, Britain dan Denmark semenjak awal tahun 2009.

Pandangan anda dihargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 4
  • 12,737
  • 0