Najmuddin Arbakan adalah pengasas gerakan islam moden Turki. Beliau merupakan Perdana Menteri pertama dari gerakan Islam. Mentor kepada Perdana Menteri Turki sekarang Ardogan. Dengan kematian beliau pada hari Ahad lepas, Turki dan dunia Islam kehilangan seorang tokoh dakwah yang hebat.
Pada tahun 1996 Arbakan telah berjaya menjadi Perdana Menteri Turki setelah berjaya membentuk kerajaan campuran. Namun demikian pihak tentera Turki tidak memperkenan pemerintahan Arbakan kerana bimbang beliau akan memperkasakan nilai Islam dalam negara Turki. Tentera Turki merupakan pendokong pemikiran sekular di negara itu.
Setahun sahaja selepas memegang kuasa, Erbakan telah dipaksa oleh tentera untuk meletak jawatan. Walaupun kamenangan parti Islam yang dipimpin oleh Arbakan berdasarkan demokrasi yang sah mengikut undang-undang Turki, namun beliau telah dipaksa meletak jawatan.
Alhamdulillah, tekanan ini disambut dengan tindakan penuh hikmah. Arbakan turun dari kerusi tertinggi negara Turki, beliau tidak memilih untuk mempertahankan jawatan Perdana Menteri dengan kekerasan dan senjata. Tindakan hikmah itu telah menyelamatkan Turki dari perang saudara seperti yang berlaku di negara-negara Arab.
Tidak cukup dengan menjatuhkan kerajaan Arbakan, akhirnya parti Rafah yang dipimpin oleh beliau telah diharamkan pada tahun 1998. Antara alasan yang diberikan tentera ialah Parti Rafah mempunyai agenda yang mengancam fahaman Sekular. Pihak tentera masih tidak berpuas hati, mereka akhirnya mengatur drama lebih licik, kali ini membawa kepada hukuman penjara dijatuhkan keatas Arbakan, atas desakan rakyat, hukuman itu akhirnya ditukar kepada tahanan di rumah.
Apa yang sangat melucukan ialah tohmahan yang dikenakan terhadap Arbakan ialah menggelapkan wang partinya. Hukuman penjara dua tahun empat bulan itu dijatuhkan pada tahun 2002. Pada tahun yang sama Parti Keadilan telah berjaya menguasai Turki. Parti Keadilan Turki sebenarnya dipimpin oleh bekas kepimpinan parti Rafah.
Najmudin Arbakan tidak lagi menerajui parti baru ini tetapi memberi khidmat nasihat dan sokongan. Sekali lagi Najmuddin Arbakan menunjukkan keikhlasan dan kebijaksanaan beliau, kerana dengan tindakan itu pihak tentera tidak dapat menahan kemaraan kepimpinan Islam Turki yang pada kali ini tidak lagi menonjolkan slogan Islam tetapi lebih menunjukkan nilai kemanusiaan dan keadilan.
Moga-moga Allah merahmati Najmuddin Arbakan, seorang tokoh ulung di kurun ini, yang telah bersedia meninggalkan jawatan dan pangkat, yang mengorbankan nafsu dan kehendak dirinya demi kesejahteraan umat. Beliau telah berjaya mempelopori usaha dakwah dan berpolitik moden dan matang yang segarusnya dikaji dan dipelajari oleh umat Islam.
Ya Allah cucurilah rahmatmu keatas rohnya dan suburkan benih-benih iman yang disemai olehnya, engkaulah tuhan yang merahmati amin!!!
Pandangan anda dihargai
Amin. Sukar hendak mendapat pemimpin yang bijaksana dan berhikmah. Sebenarnya banyak cara untuk mencapai matlamat tanpa mengunakan kekerasan dan pegaduhan, cuma ia perlu pada kesabaran dan bijak mengatur stratigi untuk mencapai matlamat asal. Hasilnya mungkin lebih baik dari apa yang berlaku sekarang di Tunisa dan Egypt yang mana belum pasti yang mengambil kuasa akan lebih baik dari dahulu atau diculik oleh kuasa besar.
banyak pelajaran dari peristiwa di negara2 Arab sekarang, sayangnya rakyat Malaysia kurang mengambil berat, merka hanya setakat 'tengok-tengok saja.
tebeng2 hulur kene cah ko orang..x leh wak gapo..skadar dalam hati je lah…harap2 malaysia x jadi lagu tu..ni minyok naik pulok doh…syabas..pakoh lah benar..
pekak weh