Nabi Yang Saya Kenali:Nabi Yang Dizalimi (5) - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Nabi Yang Saya Kenali:Nabi Yang Dizalimi (5)

Antara kezaliman pengikut baginda s.aw. terhadap baginda ialah ketika mereka mahu mencontohi baginda s.a.w. Ini kerana ramai dikalangan mereka tidak pernah meminta bantuan dari alquran dalam memahami hadis dan sirah baginda Bagaimana meminta bantuan dari alquraan dalam memahami hadis dan sirah? Ya. Quran dan hadis tidak dapat dipisahkan. Keduanya saling melengkapkan.

Apabila melihat kecelaruan umat Islam dalam memahami sunnah nabi s.a.w, saya cuba mencari sesuatu yang boleh dijadikan oanduan dari al quran. Satu persoalan yang mula bermain dalam pemikiran ialah bagaimana quran menggambarkan nabi-nabi yang Allah utuskan kepada manusia. Apakah yang ditekankan oleh alqurqn dan diberikan perhatian?

Sepanjang pengalaman berinteraksi dengan alqurqn tidak didapati kitab suci ini menonjolkan kehidupan kemanusian nabi-nabi untuk dijadikan ikutan atau amalan manusia. Sebaliknya quran telah memberi fokus kepada perkara lain!!

Mari kita ambil contoh satu ayat daripada surah al Jumuah ayat 2:Justify Full

Maksudnya: Dialah yang telah membangkitkan dikalangan kaum yang ummi seorang rasul yang mengajarkan kepada ayat-ayatnya, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, walaupun mereka sebelum ini dalam kesesatan yang nyata.

Berkali-kali Allah jelaskan tujuan penghantaran rasulnya ialah untuk kerja-kerja mengangkat martabat manusia dengan ilmu, kitab, hikmah dan tazkiah. Ayat yang hampir sama dalam surah lain Surah Baqarah 129, Surah ‘Ali Imran 164.

Lihatlah bagaimana perkara yang paling diberikan penekanan itu!!! Itulah antara sunnah nabi yang terbesar, kalau tidak masakan quran mengulang-ulanginya.

Baru-baru ini saya solat disebuah masjid, imamnya pemuda yang agak tampan, memakai celak, serban besar dan jubah labuh. Janggutnya dijaga dengan begitu baik. Tetapi bacaan alqurannya sangat teruk. Seolah-olah dia amat jarang membaca alquran, bukan suaranya atau tarannumnya yang teruk,tapi tajwidnya yang teruk. Itu baru bacaan, kefahaman tak cakap lagi.

Bagi saya pemuda ini bukan satu fenomena yang asing dalam masyarakat. Inilah yang banyak berlaku. Ramai orang yang telah menyangka mereka telah berpegang dengan sunnah hanya bila mereka tidak membaca qunut atau tidak berdoa selepas solat!! Ada yang menyangka mereka telah menjadi pengikut nabi yang amat baik dengan hanya mereka berzikir beramai-ramai!!

Banyak lagi sunnah-sunnah nabi yang besar diterangkan dalam quran tetapii kurang mendapat perhatian umat Islam. Sunnah ilmu antara sunah yang di tekankan oleh quran tetapi kebanyakan umat Islam meninggalkannya. Negara Islam berada dalam senarai negara-negara yang tidak berilmu, mundur dan ketinggalan!!

Pengajian agama juga kurang yang mengajar masyarakat berfikir, kebanyakannya bersifat sentimen, taqlid dan jauh dari budaya ilmu, keterbukaan, analisis dan dinamik. Umat diajar mengulang-ulang benda yang sama sepanjang masa.

Pandangan anda dihargai

About The Author

2 thoughts on “Nabi Yang Saya Kenali:Nabi Yang Dizalimi (5)”

  1. saya sokong….
    memang masyarakat kita tidak ilmiah…
    mereka nak tegakkan daulah Islam, sedangkan Islam sendiri begitu jauh dengan akhlak mereka…
    kefahaman mereka juga jauh ketinggalan daripada apa yang Islam letakkan…
    apa yang dibimbangkan… mereka membaca al-Quran dan al-Quran melaknat mereka….
    🙁

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 8
  • 11,823
  • 0