Capan ini adalah doa, doa yang ditujukan kepada Allah supaya menurunkan rahmat dan kesejahteraan kepada nabi s.a.w. Tengok, kita dituntut mengagungkan nabi dengan memohon doa kepada Allah agar menurunkan rahmat kepada baginda!!!
Ya, walaupun baginda diagungkan tapi baginda tetap seorang makhluk, walaupun baginda seorang yang dinobatkan tapi baginda tetap seorang hamba yang tiada kuasa dan tiada kekuatan. Segala kekuatan milik Allah tuhan sekelian alam. Ungkapan sallalahualaihi wasalllam bukan sahaja menggambarkan kecintaan kepada nabi s.a.w. tetapi satu pengiktirafan terhadap ketuhanan Allah s.w.t.
Mengapa tajuk diatas nabi yang dizalimi? Isinya pula takada yang kena-mengena!! Sabar, sabar sebenarnya saya mahu menyambung entry lepas. Bagaimana ada orang yang bila mengikut nabi maka digambarkannya adalah penampilan baginda.
Mereka meniru cara baginda berpakaian, cara baginda duduk, cara baginda berhias. Ya apa yang peliknya situasi ini? Ya agak pelik kerana mereka sendiri tidaka dapat menjawab jika ditanya, mengapa anda tidak menunggang unta dan kuda? Mengapa anda berjalan tidak membawa pedang dan tonggkat? Mengapa anda tidak membuat rumah dari kulit unta? Ya itu semua sunnah nabi. Itulah kehidupan baginda. Mengapa anda tidak beristerikan perempuan bernama Khadijah, atau Aisyah? yang rumahnya berhampiran Ka’bah. Yang berbangsa Arab. Mengapa anda tidak menamakan anak anda Ibrahim atau Fatimah? Mengapa anda tidak memilih menantu yang bernama Ali? Bukankah itu sunnah nabi?
Jika soalan ini diajukan kepada kumpulan ini, mereka akan terkedu, mereka sendiri akan mengaku bahawa ‘sunnah’ mustahil dapat dilaksanakan. Apabila mereka menyangka sunah tidak dapat dilaksanakan maka mereka telah menzalimi baginda!!!
Rasulullah adalah ikutan yang baik! Rasulullah adalah contoh tauladan yang unggul mengapa hidupnya tidak boleh di contohi?
Pandangan anda dihargai